Pengacara Nona iaitu Fara Fauzana dan Neelofa buat pertama kalinya merasai peluang bercuti bersama di sebuah pulau eksklusif di Maldives di sini selama lima hari bermula 18 Oktober lalu.
Fara dan Neelofa mendapat peluang itu sebagai memenuhi undangan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia X yang memperkenalkan destinasi terbaharu mereka di pulau berkenaan sejak 28 September lalu.
Kedua-dua artis tersebut turut menikmati layanan lima bintang di Holiday Inn Resort, Kandooma di sini yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dengan bot dari ibu negara pulau berkenaan iaitu Male.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, pula berkata Maldives merupakan salah satu pulau tercantik yang menjadi cita-citanya untuk bercuti sejak sekian lama.
Ujar Neelofa, selepas diberi peluang menyertai percutian berkenaan oleh AirAsia X, dia dapat melihat satu pemandangan yang benar-benar berbeza berbanding pualu-pulau lain yang pernah dikunjunginya sebelum ini.
"Saya pernah bercuti ke Bali (Indonesia), Phuket, Krabi dan Koh Samui (Thailand) dan kali ini ke destinasi yang agak jauh iaitu Maldives. Saya dapat melihat pulau ini amat cantik.
"Sebab itulah pulau ini sentiasa menjadi perhatian bagi mereka yang meminati aktiviti laut serta destinasi berbulan madu kerana suasananya juga romantik," katanya.
Neelofa memberitahu, dia juga berpeluang menyertai aktiviti selam skuba, serta pakej tajaan seperti menancing serta tinggal di sebuah vila atas air yang tinggi kosnya.
Apa yang lebih menarik kata Neelofa, tidak sukar baginya untuk berada di pulau ini kerana majoriti penduduknya adalah Muslim yang tentunya tidak mempunyai masalah bagi mendapatkan makanan halal.
"Makanan halal adalah salah satu perkara penting ketika kita bercuti dan Alhamdulillah… Maldives merupakan sebuah negara Islam dan mudah bagi kita yang beragama Islam untuk bercuti," kata Neelofa.
Lebih menarik jelas Neelofa dia dapat melihat ikan-ikan yang berbeza saiz dan rupa bentuknya selain berpeluang memberi makan kepada beberapa ikan jerung.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.