Selasa, Oktober 15, 2013


Sekarang ini, kita dapat melihat kekalutan di kalangan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang rapat dengan N.Surendran, Ahli Parlimen Padang Serai merangkap Naib Presiden PKR mengecam dan membodoh-bodohkan Ketua Polis Negara. 

Mereka sedang berusaha menimbulkan persepsi bahawa cabaran Ketua Polis Negara kepada N.Surendran sebagai sesuatu yang melampau dan sebarang tohmahan dan cercaan yang dibuat oleh N.Surendran kepada PDRM sebagai wajar, bertanggungjawab dan memenuhi hak seorang rakyat Malaysia.

Beberapa hari lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar menerusi TWITTER, telah mempelawa N.Surendran untuk menyertai operasi polis dalam memburu dan menahan penjenayah yang bersenjata api. 

Pelawaan itu dibuat ekoran cakap pandai N.Surendran yang terus-menerus menuduh polis sedang mengamalkan PEMBERSIHAN ETNIK apabila menyasarkan penjenayah-penjenayah India yang bersenjata api dan dikategorikan sebagai merbahaya untuk ditembak mati. 

Sudah tentulah sebagai seorang PADAYYAPA yang amat terpengaruh dengan filem-filem Tamil, N.Surendran dengan segera menyahut cabaran tersebut. 

Namun pada masa yang sama, dia juga telah meminta bantuan daripada rakan-rakannya, khususnya seperti Latheefa Koya dan Nurul Izzah untuk mengutuk Ketua Polis Negara kerana mencabarnya untuk turut serta. 

Dengan kata lain, N.Surendran cuba untuk menyembunyikan ketakutannya dengan meminta kawan-kawan yang lain menolak pelawaan Ketua Polis Negara dengan kaedah yang biasa digunapakai oleh Pakatan Rakyat. 

Ketua Polis Negara barangkali sudah dapat maklumat bahawa N.Surendran mengajak beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain untuk menemaninya sewaktu bersama-sama operasi pihak polis. 

Justeru, Ketua Polis Negara itu telah membuat kenyataan terbaru bahawa, pelawaan tersebut hanya untuk N.Surendran seorang dan bukannya untuk mana-mana ahli politik apatah lagi orang awam.

N.Surendran difahamkan telah menghubungi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Hadi Ho Abdullah untuk menyatakan persetujuannya menyertai operasi pihak polis hanya selepas Hadi Ho membuat kenyataan media yang N.Surendran belum menghubunginya. 

Ketua Polis Negara turut meminta N.Surendran untuk menandantangani Perjanjian Perlindungan dan menghubungi Hadi Ho sekali lagi bagi membolehkan ukuran badannya diambil untuk baju kalis peluru.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara turut meminta N.Surendran untuk bersedia pada bila-bila masa kerana operasi membanteras penjenayah bersenjata api tidak berjadual dan boleh berlaku seawal subuh.

Nampaknya PADAYYAPA N.Surendran bersendirian tanpa boleh ditemani oleh Latheefa Koya apatah lagi Nurul Izzah dalam operasi yang akan dijalankan oleh pihak polis. 

Jangan pula nanti, banyak helah dan alasan yang akan diberikan apabila dipanggil oleh pihak polis untuk operasi berkenaan. 

Sebelum ini, bukan main pandai lagi dia bercakap dan memburuk-burukkan anggota-anggota serta pegawai-pegawai polis. 

Sekarang, peluang untuk dia mempraktikkan segala teorinya sudah terbentang luas, seluas peluru penjenayah asing singgah ke kepalanya!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping