Isnin, Oktober 14, 2013


Kalau tak salah SH, malam semalam ada laporan media mengatakan ada seorang paderi yang berdoa supaya Hakim Mahkamah Rayuan diberi kekuatan.

'Doa' dia tu supaya Hakim tersebut mampu untuk memberikan keputusan yang betul dan benar, adil kepada semua orang yang terlibat dalam kes isu kalimah Allah ni.

Jadi hari ini, kenapa pulaka ada dikalangan mereka yang terlibat rasa tak puas hati dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah?

Kata pengarang majalah The Herald yang mula - mula mencetuskan polemik sedemikian, mereka akan terus memperjuangkan 'Hak' mereka ke mahkamah lebih tinggi.
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa The Herald tidak boleh menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Katolik itu untuk merujuk kepada 'Tuhan'.

Mahkamah Rayuan Putrajaya sebulat suara membatalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Dalam reaksinya, Editor The Herald, Father Lawrence Andrew melahirkan rasa kecewanya tetapi merancang untuk mengemuka rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan telah membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu yang membenarkan kalimah tersebut digunakan dalam penerbitan berkenaan.

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali, Datuk Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan tersebut .

Hakim Mohamed Apandi berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf apabila mengetepikan keputusan menteri dalam negeri dan bahawa tidak berlaku pelanggaran hak bagi Katolik untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald.

Ketika membaca penghakiman ringkas kes tersebut, beliau berkata, ia adalah penemuan bersama mereka bahawa penggunaan kalimah 'Allah' bukan merupakan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Daripada penemuan tersebut, tambahnya, mereka mendapati tidak ada sebab untuk responden (Archbishop Titular Catholic Church) berkeras untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan itu. 

Penggunaan kalimah tersebut, tegas hakim Mohamed Apandi,  jika dibiarkan pasti akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat. "
Wah!!! Nampak gayanya dia ni tak 'redha' pulak dengan doa yang dimohon oleh paderi tu sebelum ni ye tak. Nampak sangat la dia ni pun 'Murtad' jugak.

Inilah masalahnya dengan puak - puak Haramjadah ni. Bila doa diorang 'dimakbulkan' diorang nak meroyan tak tentu arah pulak pasal apa?

Pesan SH kepada puak - puak Haramjadah ni mudah je. Kalau rasa diri tu nak dihormati oleh orang lain, belajar la menghormati orang lain dulu. Jangan nak orang je yang hormat pada dia!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping