Sabtu, Oktober 19, 2013


Bak kata orang Putih, "PAS is on a bad start" untuk memulakan langkah menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau hujung bulan ini nanti.

Nampak gayanya, isu berkaitan dengan penggunaan Kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam sudah menjadi perbualan hangat dikalangan ahli - ahli PAS sendiri.

Bukan sahaja ahli biasa, malah dikalangan pemimpin - pemimpin utama mereka pun masih berbeza - beza pendapat dalam menangani isu tersebut.

Perpecahan pendapat dalam PAS dapat dilihat dengan jelas apabila wujud dua kem yang berbeza didalam PAS sendiri. Satu yang Pro Ulama dan satu lagi yang Pro Profesional.

Akibat dari perbalahan mereka inilah yang menjadikan keadaan PAS sesak untuk melangkah ke Sungai Limau. Mereka sendiri perlu berhati - hati dengan isu tersebut.

Seingat SH, Allahyarham Tan Sri Azizan sendiri menentang penggunaan kalimah Allah oleh orang - orang yang bukan Islam kerana bimbang ianya akan menyesatkan akidah.

Sudah tentu anak - anak buah Tan Sri yang masih ada di Sungai Limau tetap berpegang kepada apa yang dinyatakan oleh Allahyarham Tan Sri. Itu dah kira amanat dia.

Maka, sudah tentu keadaan tersebut akan menyukarkan lagi PAS dalam menghadapi perang persepsi dikalangan rakyat yang berada di Sungai Limau terutama dikalangan ahli sendiri.

Bagi sesetengah pihak, perpecahan pendapat dikalangan pemimpin PAS berkaitan dengan isu penggunaan kalimah Allah ini hanya bersandarkan kepada kepentingan Politik.

Tak ramai yang melihat isu tersebut sebagai mana yang dilihat oleh Ulama - Ulama utama yang telah menyuara pandangan mereka mengenai isu tersebut.

Ada yang kata, pendapat orang seperti Harun Din dan Harun Taib adalah disebabkan keadaan Politik dikawasan mereka sendiri.

Sebagai contoh, Harun Taib. Dia berasal dari Terengganu dimana majoriti penduduk negeri tersebut sendiri terdiri dari kalangan orang Melayu Islam. 

Maka sebab itu dia menolak penggunaan kalimah Allah kerana takut kehilangan sokongan dari kalangan orang Melayu Islam yang berada di negeri tesrebut.

Begitu juga dengan mereka yang Liberal didalam PAS seperti Khalid Gereja. Dia duduk dikawasan yang majoriti masyarakatnya bercampur - campur. 

Jadi, dia boleh membuat kenyataan terbuka dan menyokong penggunaan kalimah tersebut oleh orang - orang yang bukan Islam. Itu logik akalnya.

Andaikata itu pandangan yang diluahkan oleh ahli - ahli PAS sendiri, maka tak mustahil ianya akan memberi satu halangan besar kepada PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Sungai Limau nanti. Ada jugak la orang yang kena tutup mulut nanti!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Perbezaan jelas golongan Asshariyah-Maturidiah dgn Wahabiyah, Khawarij, tidak berlaku perbezaan pendapat dlm isu isu pokok aqidah, sedang Wahabiyah, Khawarij, disedari atau tidak mrk sedari dan walau mrk mengaku Sunnah, berlaku pertentangan pendapat yg ketara sesama mrk walau dlm isu pokok aqidah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping