Isnin, Oktober 21, 2013


Datuk Seri Hishammuddin Hussein kini mungkin boleh menghela nafas panjang, apabila terselamat dari gasakan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu semalam.

Berdasarkan keputusan rasmi Mukhriz kalah tipis dengan meraih 91 undi, berbanding 100 undi yang diperolehi Hishammudddin.

Keputusan awal yang diperolehi sejak petang semalam menunjukkan Mukhriz mengekori rapat Hishammuddin dalam pungutan undi.

Mukhriz meraih sokongan mendadak dari sebahagian besar perwakilan Ini dilihat sebagai isyarat bahawa akar umbi Umno kini lebih matang dalam memilih pemimpin yang berani dan tegas dalam membuat keputusan.

Perkembangan itu berlaku ketika Hishammuddin bergelut dengan tanggapan sebagai pemimpin yang “lembik” - satu label yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh menteri pertahanan itu.

Kemaraan Mukhriz itu sedikit sebanyak tetap terjejas apabila timbul tuduhan di saat akhir, bahawa menteri besar Kedah itu terlibat dengan politik wang dalam pemilihan kali ini.

Dakwaan yang ditimbulkan oleh Malaysian Insider muncul sehari sebelum hari pemilihan, namun ditarik balik apabila Mukhriz mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang.

Tulisan pengarang akhbar Mingguan Malaysia hari ini malah melihat perkembangan tersebut diatur oleh “tangan-tangan ghaib” di belakang portal berita berkenaan.

Jika dilihat dari satu sudut, populariti Mukhriz melonjak naik dan menjadi diantara pencabar utama untuk merebut jawatan ketiga tertinggi dalam parti.

Bagi sesetengah pihak, dengan adanya sokongan yang cukup padu dari perwakilan kepada Mukhriz mampu memberikan kelebihan dalam menghadapi PRK Sungai Limau nanti.

Sehingga hari ini, puak - puak PAS sudah mula merasakan bahang saingan sengit yang akan dibawa turun bersama - sama dengan kepimpinan Mukhriz dalam PRK itu nanti.

Kemungkinan besar, 'Tangan - Tangan Ghaib' yang dimaksudkan itu datangnya dari kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah itu sendiri.

Maklum la. Portal The Malaysian Insider tu kan pro diorang. Jadi, tak mustahil jika perkara itu juga merupakan antara strategi diorang untuk menjahanamkan imej Mukhriz.

Jangan heran la kalau dalam PRK Sungai Limau nanti, lebih banyak fitnah yang akan dijaja oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu terhadap Mukhriz. Lagi pun, memang itu je kerja yang diorang tau buat!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Sudah tentu lah PAS Kedah kecut perut sebab kawasan Air Hitam tempat yang dimenangi Mukhriz didalam PRU13 dahulu merupakan kubu kuat PAS...sekarang kita tengok satu lagi kubu tegar PAS pergi kearah mana dan tengok betapa kuatnya taiko baru Pas SI MR. BEAN MAHFUZ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa macam al?PAS kalah di sg limau!

      Padam
  2. kepada jentera umno jgn mudah selesa..pikir kan dahulu tentang kekalahan..dari kekalahan kite akan tahu strategi kemenangan..MM adalah pemimpin yg sgt digeruni baik pihak lawan dan kawan..dari pihak lawan kita tahu sape mereka..tp dari pihak kawan kita.tidak kenal mereka..MM perlu lebih berani dengan tohmahan yg dileparkan...kerana kmngkinan tohmahan ini mngkin dtg dari kawan sendiri..sg limau mnjadi ukuran MM dlm mencorak strategi perang alaf baru..keputusan VP menjadi tauladan kepada MM dimana kawan2 cube membunuh karier politiknya..tp suara akar umbi terutamanya anak muda ingin kan perubahan..semoga berjaya MM di sg limau..amin..Ank muda utk MM

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping