Sebelum ni, SH ada pergi dengar ceramah atau ucapan yang disampaikan sendiri oleh calon PAS di Sungai Limau ni. Ceramah tu dia buat sebelum Si Ostazah Pening tu.
Dalam ceramah pendek tu, dia ada bercerita pasal bab memberi hadiah kepada orang ni. Kata dia, bab hadiah ni ada tiga peringkat yang perlu kita fahami.
Satu yang digelarkan sebagai sedekah. Sedekah ni hanya orang fakir miskin je yang boleh terima. Orang yang dah hidup senang tak layak terima sedekah. Betul dah tu.
Kedua yang digelarkan sebagai hadiah. Hadiah ni kita boleh bagi kepada sesiapa sahaja yang kita nak termasuk la kepada pemimpin - pemimpin kita sendiri. Betul jugak.
Yang ketiga, rasuah. Kata dia, pemberian rasuah ni apabila orang yang memberi tu mengharapkan sesuatu daripada kita dimasa akan datang. Betul sangat dah ni.
Makanya, dia suruh la orang dikawasan Sungai Limau ni berfikir dahulu sebelum menerima apa - apa pun yang diberikan oleh pihak Kerajaan. Memang patut pun.
Kalau nak ambik, ambik. Tak de masalah. Yang penting kita letakkan diri kita dalam situasi yang mana satu. Itu yang dia jelaskan masa menyampaikan ceramah.
Jadi, sekarang ni SH nak tanya balik kepada calon PAS tu. Ni program tukar minyak hitam ni nak dikira sebagai apa? Nak dikira sedekah, hadiah atau pun rasuah?
Nak kata sedekah tak boleh sebab fakir miskin takkan mampu beli motor. Nak dikirakan sebagai hadiah pun tak boleh jugak rasanya.
Kalau nak dianggap sebagai hadiah, pengundi PAS yang datang tukar minyak hitam tu tak boleh undi PAS nanti. Takut dianggap sebagai rasuah pulak.
Sebab dalam banner tu terang - terang ditulis 'Semua Anak Muda Pengundi PAS UPU Simpang 3 Luar' dijemput hadir. Tulisan 'Pengundi PAS' tu sengaja dikecikkan.
Nampak sangat la dia bagi tawaran tu hanya untuk pengundi sahaja kan? Kalau tidak, kenapa perkataan tu ditulis dalam banner tu?
Maka, apa hukum yang calon PAS tu nak bagi kepada program ni? Bukan ke itu dianggap sebagai satu rasuah sebab ianya khas untuk 'Pengundi PAS' sahaja?
Kalau dah namanya pengundi, mesti la diorang nak dapatkan undi dari anak muda ni. Bukan ke itu rasuah namanya? Kot kalau calon PAS tu setakat pandai bercakap je, baik tak payah mengabihkan masa!!! Sendiri cakap, sendiri buat la brader!!!
Ini apa yang Azeez kata bila Astro Awani interview ;
BalasPadam"Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." jelas Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika dihubungi Astro AWANI.
Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu dan ianya dikatanya mengejutkan penerima berkenaan. Tambah Azeez lagi,
"Sekiranya susu pekat tersebut telah pun luput tarikh, buangkan saja. Ia bukannya untuk dijual. Lagipun secara teknikal barangan dalam tin walaupun telah luput tarikh ia masih boleh digunakan dalam tempoh dua minggu lagi."
Punya nak menegakkan benang yang basah Azeez bagi macam-macam alasan . Tak sakit hati ke ? Dia siap kata kalau susu tamat tempoh buang saja , soal nya pasal buang atau tidak , ni buat apa lu nak aniaya orang-orang kampung dengan tak periksa lebih dahulu tarikh luput ? Nak glamour pun berpada-pada lah ... nak tunjuk lu warak , bantu orang-orang miskin , dan macam-macam propa la, lu ingat orang tak tau ka dengna lakonan. Sudah-sudah lah Azeez , ramai yang sebenarnya makin meluat bila lu dapat jadi Pengerusi Tabung Haji tu ... lu jilat PM kuat, bukan orang tak tau..
http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/10/azeez-rahim-walaupun-telah-luput-tarikh.html
Yang mana dah expired tu memang diorang dah buang... tapi konco - konco Mahfuz pi kutip balik dalam tong sampah!!!
BalasPadamstandard la pas, depa memang mahir dgn teknikal n taktikal iblis.. tak caya , tanya stopa ali
BalasPadam