Khamis, Oktober 31, 2013


Nampak gayanya, PAS semakin hari semakin terdesak di Sungai Limau ni. Diorang ingat diorang boleh menang selesa sebelum ini.

Walupun Sungai Limau dianggap sebagai salah satu kubu kuat diorang, tapi hakikatnya diorang mendapat saingan yang sengit dari Barisan Nasional.

Macam - macma alasan yang diorang berikan. Ada yang kata saingan sengit tu sebab Kerajaan dok tabur janji yang bukan - bukan. Walhal, jentera diorang yang malas buat kerja.

Maka disebaban itulah diorang terpaksa buat macam - macam. Sampai tahap terpaksa tipu pengundi dengan mencipta gambar palsu calon mereka sendiri.

Tu belum cerita pasal diorang dok jaja nama Allahyarham Tan Sri Azizan Razak lagi. Habis merata - rata tempat diorang dok jaja nama Arwah.

Malah diorang juga terpaksa merayu simpati dengan membuat cerita kononnya nombor telefon pemimpin dioang telah digodam untuk memburukkan calon BN.

Sampai hari ini, kesahihan mengenai perkara tersebut masih belum dapat dibuktikan oleh PAS. Si Mahfuz Bean tu hanya pandai bercakap je, tapi dia tak de bukti pun.

Tak cukup dengan itu, diorang buat pulak spekulasi kononnya UMNO dikawasan Jerai ni mengalami perpecahan kerana Bekas Ketua Bahagian boikot PRK Sungai Limau ni.

Nah!!! Tu semua bukti bahawa puak - puak Parti Angguk Saja tu dah semakin hari semakin terdesak. Diorang dah tak de isu dah yang boleh dijadikan modal berpolitik.

Nak tak nak, terpaksa la diorang tabur fitnah sedemikian rupa supaya dapat memancing undi dikalangan rakyat yang duduk di Sungai Limau ni.

Hasrat diorang tu tak tercapai apabila tuan punya badan sendiri bersuara dan menafikan perkara tersebut dalam satu sidang media semalam.
"Ini (perpecahan) tidak ada berlaku. Bila pucuk pimpinan di atas bercantum, di bawah bertaut. Sekarang saya dengan Datuk Seri Jamil bercantum, penyokongpun sama," katanya kepada Bernama di Pusat Operasi BN di sini Rabu ketika mengulas desas-desus berkenaan.
Apa yang jelas, kedudukan PAS di Sungai Limau ni memang dah terjejas teruk dan ianya membuatkan diorang semua panas punggung.

Tapi semua orang kena ingat. Kalau PAS menang di Sungai Limau, diorang bukan memenangkan rakyat. Sebaliknya, diorang hanya memenangkan Si Mahfuz Bean tu je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping