Haduyai!!! Kenapa la Si Mahfuz Bean ni jadi panas baran sejak dua tiga hari ni ye. Masuk kali ni, dah dua kali dah dia naik angin tak tentu arah.
Sebelum ni, Si Mahfuz Bean tu marah bila ada orang asyik memberi 'Bayangan' Allahyarham Tan Sri Azizan Razak dengan calon PAS yang bertanding.
Puas la dia kata yang 'Bayangan' tu tak penting sebab orangnya dah tak de. Yang perlu diberi perhatian sekarang ialah calon PAS yang bertanding tu.
Sekarang dia marah pulak bila ada orang sebut nama Tok Jan depan orang ramai. Kononnya ianya hanya satu permainan Politik Kotor dan Keji.
Si Mahfuz Bean ni juga turut mengibaratkan tindakan tersebut sebagai salah satu kempen keji yang dilakukan oleh pihak tertentu. Marah betul dia ye.
Cuma kita heran jugak. Kenapa baru sekarang Si Mahfuz Bean tu nak marah - marah tak tentu arah? Kenapa dulu masa Tok Jan dikutuk dan dihina dia tak de buat apa - apa pun?
Pada ketika itu, dia hanya duduk diam dan jadi pemerhati je. Dia biarkan Tok Jan tu dikutuk oleh ahli - ahli serta penyokong PAS sendiri. Masa tu dia tak marah pulak?
Nah!!! Dibawah ni salah satu contoh penghinaan dan maki hamun yang ditujukan secara lansung kepada Tok Jan sewaktu Allahyarham masih hidup.
Kenapa masa tu Si Mahfuz Bean ni tak marah pada budak Mahaberuk tu seperti mana dia marah pada orang lain malam semalam? Kan pelik tu.
Tapi, biasa la. Orang macam Si Mahfuz Bean ni memang jenis manusia yang tak sedar diri. Dia pandai cakap pasal orang lain je. Sebenarnya dia lagi teruk daripada itu.
Semata - mata nak meraih sokongan serta undi dari kalangan penduduk di Sungai Limau, maka dia sanggup menjaja nama Tok Jan tu ke hulu dan ke hilir. Kalau dia, buat boleh. Orang kalau lain, semuanya HARAM belaka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.