Uik!!! Macam la Si Mahfuz Bean tu hensem sangat sampai tahap ada orang yang naik stim nak hantar sms yang bukan - bukan pada dia. Macam tak logik pun ada jugak.
Dalam kenyataan hari ini, Si Mahfuz Bean tu menafikan kononnya dia ada menghantar sms yang mengutuk dan menghina calon Barisan Nasional di Sungai Limau.
“Saya menerima SMS tersebut sekitar jam 12.26 pagi tadi dari kawan saya yang menghubungi saya yang meminta kepastian adakah benar saya menyebarkan SMS tersebut kerana ianya telah tersebar di media sosial dan laman blog seperti ‘flyingkick.blogspot.com’ dan ianya menggunakan nombor telefon bimbit saya,” kata Mahfuz.Beliau berkata cubaan tersebut merupakan suatu cubaan politik yang rendah dan tidak bermoral yang cuba dilakukan oleh BN.“Yang bertanding bukan saya dan bukannya saya calon di Sungai Limau tetapi ayatnya seolah-olah saya yang menghantar mesej tersebut dan isunya ialah mesej ni menggambarkan bahawa calon ini (Dr Sohaimi) ini pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini adalah fitnah. Wallahi Wabillahi Watallahi. Saya tidak buat mesej tersebut kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.“Saya hairan bagaimana nombor saya boleh dicetak rompak untuk penyebaran fitnah seumpama ini. Saya percaya mungkin selepas ini calon PAS (Mohd Azam Samat) akan menerima fitnah-fitnah seperti ini untuk memburukkan imej PAS dan imej calon PAS di sini. Saya bukanlah ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dan mencalarkan politik bermoral rendah seperti ini,” kata Mahfuz.
Alamak mak ai!!! Mahfuz Bean ni macam budak - budak pun ada jugak perangai dia ek. Itu pun dia nak bising - bising jugak ke? Dia ingat dia bercakap dengan budak kecik ke?
Kot kalau dia sendiri yang hantar SMS tu pun, sampai mati dia takkan mengaku beb. Ibarat macam orang yang kencing tengah jalan, takkan la dia nak mengaku ye tak.
Sudah - sudah la Mahfuz oi!!! Tak payah nak nak tunjuk sangat perangai budak - budak tu dengan orang luar. Buat malu je!!! Cari la isu lain kalau ye pun nak hangatkan PRK yang suram ni. Jangan la buat isu yang murah untuk cari populariti sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.