Huh! Mungkin Si Mahfuz Bean ni dah kena sampuk dek hantu pulut kuning sampai terpaksa angkat bendera putih awal - awal. Takut kalah teruk la tu nampak gayanya.
Dalam sidang media semalam, Si Mahfuz Bean tu membayangkan bahawa PAS mempunyai kemungkinan tinggi mereka tak mampu mempertahankan majoriti di Sungai Limau.
Kata Mahfuz, saingan sengit yang diberikan oleh Barisan Nasional mampu mengugat kedudukan PAS Sungai Limau yang menjadi kubu kuat mereka sebelum ini.
Maknanya, Si Mahfuz Bean ni turut mengakui bahawa jentera BN yang turun ke Sungai Limau memang cukup kuat sehingga membuatkan dia sendiri ketar lutut.
Dalam masa yang sama, Mahfuz dilihat agak keberatan untuk mengumumkan berapa majoriti yang mampu dipungut oleh PAS dalam PRK kali ini.
Walaupun dia yakin dia mampu untuk buat pengumuman tu, tapi dia masih lagi teragak - agak. Jelas, keyakinan Si Mahfuz Bean tu sendiri masih belum tetap.
Nah!!! Itu menggambarkan bahawa Si Mahfuz ni dah mula hilang keyakinan terhadap jentera PAS yang bertugas sepanjang Pilihan Raya Kecil di DUN Sungai Limau ni.
Mungkin Si Mahfuz tu kecewa sebab isu yang dibangkitkan tidak mampu untuk menarik lebih ramai sokongan penduduk tempatan kepada PAS.
Mana tidaknya. Kalau kita lihat jentera PAS yang buat kerja kebanyakkannya hanya datang untuk bercuti, bukannya nak buat kerja sangat pun.
Maka sebab itulah kita dapat lihat dengan jelas, khemah - khemah ceramah yang diadakan oleh PAS semuanya hanya dipenuhi dengan kerusi kosong.
Dan mungkin sebab itulah juga calon PAS yang bertanding terpaksa diusung sampai ke Gombak untuk meraih simpati serta merayu sokongan dari orang luar malam ni.
Kalau dengan orang tempatan ni, memang diorang tak boleh nak tipu sebab semua benda ada depan mata. Dengan orang luar, boleh la dia nak buat cerita yang bukan - bukan.
Kalau dah macam tu gayanya, memang sah la PAS tak mampu nak tarik sokongan penduduk setempat. Datang ke Sungai Limau ni setakat nak makan angin buat apa. Mengabihkan masa je!!! Baik duduk kat rumah lagi bagus!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.