Memetik ungkapan orang dulu - dulu, andaikata kita nak jadi pemimpin, kita perlu berhadapan dengan realiti. Jangan alpa dengan fantasi sendiri.
Kalau ikut peribahasa Melayu, Kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Tetapi, yang pahit itulah yang perlu kita telan kerana ia adalah penawar.
Kini ungkapan itu bagai terngiang - ngiang di dalam kepala tatkala menyaksikan pemilihan UMNO semakin tiba ke hari jadinya. Persoalannya, siapa yang akan berjaya?
Pesan seorang sahabat blogger, dalam pertanding UMNO, tidak ada makna menang atau kalah. Semuanya ketentuan Allah S.W.T. belaka. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Sama - sama la kita fikirkan!!!
Hishammuddin berdepan dengan tiga dilema. Di satu peringkat, beliau sedang dibandingkan dengan Zahid yang telah mengambil alih portfolio beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.Ketegasan Zahid dalam soal jenayah dan keselamatan amat berbeza dengan menteri sebelum beliau.
Pendekatan beliau disukai oleh banyak pihak dan sebahagian anggota Umno menyebut beliau sebagai “Sheriff”.Di peringkat lain, Hishammuddin sedang cuba untuk merebut slot “anak PM”. Hishammuddin dan Mukhriz adalah anak bekas perdana menteri dan bagi kebanyakan pihak hanya boleh ada seorang “anak PM” di kalangan naib presiden – sama ada Hishammuddin atau Mukhriz.Di satu lagi peringkat, Hishammuddin berdepan dengan Shafie. Para perwakilan telah memutuskan bahawa undi terhadap Zahid adalah “wajib” dan dengan itu mereka perlu mengorbankan sama ada Hishammuddin atau Shafie untuk menaikkan muka baru.Dari segi itu, siapa saja yang menyebarkan cerita status quo berkenaan telah tersalah menilai sentimen di bawah.
Agak jelas dari awal lagi bahawa parti itu tidak berminat untuk memberi sokongan kepada semua penyandang secara borong. Setiap seorang daripada mereka dinilai berasaskan merit mereka sendiri.
Koih rasa dia ni menang jugek. psei terlalu banyak pihak memberi tekanan kpd perwakilan, dari istana, presiden dan sebagainya. disamping banyak duit yg sedang disuntuk sekarang ni. akhirnya, kehendak akar umbi takdek makne, aok nengok la...
BalasPadam