Heran kan? Kenapa tiba - tiba nama Phahrolrazi tak de dalam senarai Pengerusi atau pun dalam jentera parti untuk menghadapi PRK Sungai Limau ni?
Sebab semua orang tau. Jika Si Phahrolrazi tu dipertanggungjawabkan, maka akan lebih ramai ahli PAS yang lari dan tak keluar mengundi dalam PRK tersebut.
Semua orang tau dendam kesumat yang terbuku dalam hati Si Phahrolrazi tu terhadap Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. Jadi, mana mungkin dia akan tunjuk muka. Tu pasal la nama dia awal - awal dah kena cantas!!!
PAS Pusat menerima lapan nama yang disenarai pendek PAS Kedah sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau, umum Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Beliau berkata pihaknya akan meneliti kredibiliti nama yang paling layak dicalonkan sebelum pengumuman rasmi dibuat pada malam 21 Oktober depan di Kota Sarang Semut, Kedah.“Kesemua calon adalah muka baru anak tempatan dan tidak pernah bertanding pilihan raya sebelum ini.“Kita akan membuat perincian supaya calon yang dipilih nanti betul-betul diterima pengundi terbanyak sekaligus dapat menyambung tugas (Almarhum) Tan Sri Azizan Abdul Razak,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.Beliau berkata, lapan calon terbabit termasuk Muslimat yang mempunyai pelbagai latar belakang itu bebas daripada skandal dan bersih daripada unsur politik wang.“Tiada seorang pun pimpinan PAS Pusat dalam senarai,” katanya sekaligus menolak spekulasi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diletakkan sebagai calon bertanding PRK nanti.Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS Pusat juga telah membuat keputusan melantik Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengarah Induk dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Pengarah Operasi Negeri bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 23 Oktober manakala hari pengundian pada 4 November, sekaligus tempoh berkempen yang diberikan akan berlangsung selama 11 hari.PRK diadakan berikutan kematian Azizan pada 26 September lalu selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah termasuk pelbagai kegagalan organ dalaman.DUN Sungai Limau mempunyai pengundi 27, 287 pengundi, 97% daripadanya adalah Melayu manakala baki 7% pengundi Cina.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.