Sabtu, Oktober 12, 2013


Ini selingan untuk hari ini. Memandangkan semua orang tertunggu - tunggu untuk mendapatkan keputusan mengenai pemilihan UMNO, kita baca cerita dibawah ni dulu.

SH tertarik hati bila melihat posting seorang rakan SH didalam laman media sosial Facebook malam semalam. Ianya berjaya mencuri perhatian.

Siapa sangka, didalam UMNO ada macam - macam kaum dan bukan hanya tertumpu kepada Melayu sahaja. Macam mana benda tu boleh berlaku?

Penjelasannya mudah. Dalam UMNO, ahlinya mesti terdiri dari kalangan orang Melayu yang mengikut definasi khusus dalam perlembagaan.

Melayu itu dianggap Melayu apabila dia beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, berpakaian serta mengamalkan adat resam orang Melayu.

Maka tidak hairan la jika Melayu dalam UMNO ada campuran bangsa. Yang pasti mereka memenuhi kehendak serta menetapi definasi dalam perlembagaan.

Tapi, ada juga klausa dalam UMNO yang membenarkan Bumiputera menjadi ahli UMNO. Maka sebab itu masyarakat di Sabah boleh masuk UMNO.

Malah, ada juga pemimpin UMNO yang terdiri dari kalangan orang Bumiputera. Termasuk la dari kalangan masyarakat Orang Asal. Pun boleh jadi ahli UMNO.

Lebih dari itu, mereka boleh jadi pemimpin diperingkat yang lebih tinggi mewakili kaum mereka sendiri didalam UMNO. Kiranya, UMNO ni 'Multi-racial' jugak la.

Sekarang, ada seorang wakil dari kalangan warga Siam memohon untuk diberikan laluan bagi dia menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Arau.


Nah!!! Tambah satu lagi kaum dalam keluarga UMNO. Pun masih ada orang yang nak kata UMNO ni hanya untuk orang Melayu? Lain kali, kalau nak bercakap, biar la kita sendiri faham. Jangan main ikut sedap lutut je!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping