Hari ini adalah ahli penentu bagi sayap - sayap UMNO memilih kepimpinan baru. Sama ada muka lama atau muka baru yang bakal dinobatkan, itu kita sama - sama tunggu.
Maka hari ini adalah 'D-Day' bagi UMNO. Kepimpinan baru selepas Pilihan Raya Umum ini pastinya menjadi tumpuan pemerhati Politik Malaysia.
Apa yang pasti, pemilihan kali ini jauh berlainan dengan pemilihan sebelumnya kerana kali ini, pemilihan dijalankan diperingkat bahagian.
Seramai lebih kurang 140,000 orang perwakilan diberi hak untuk mengundi pemimpin pilihan mereka yang mampu untuk meneruskan kelansungan UMNO.
Siapa yang bakal dinobatkan sebagai 'Juara' dan siapa pula yang bakal tewas di gelanggang kali ini? Jawapan SH mudah. Tidak sesiapa pun Juara dan tiada siapa pun 'Tewas'.
Bagi SH, pemilihan UMNO ini adalah untuk memilih pemimpin yang mampu mengepalai UMNO untuk menghadapi senario Politik semasa.
Dengan keadaan 'Politik Baru' dimana persepsi memainkan peranan utama, maka UMNO perlu mengubah rentak permainan. Dah tak boleh dah nak duduk macam dulu.
Sekarang UMNO perlu maju terus ke hadapan dan mengadaptasi senario semasa. Itu kehendak ahli diperingkat akar umbi. Ini aspirasi mereka.
Politik zaman sekarang, siapa yang mampu mengawal persepsi, maka pihak itu akan menang. Pihak itu yang akan dipilih oleh rakyat. Itu hakikatnya.
Jika pemimpin itu dilihat 'Layak' untuk memimpin dan membawa UMNO ke satu tahap yang lebih cemerlang, maka sudah tentu dia akan dipilih.
Nasihat SH buat semua perwakilan sayap - sayap UMNO. Pilih la pemimpin yang benar - benar berkemampuan untuk memimpin. Bukan sekadar pemimpin yang 'Mampu' sahaja.
Jaga tatasusila masing - masing dan jangan buat hal yang tak tentu arah. Nama je 'D-Day'. Tapi tak de la sampai kita berperang sesama sendiri.
Hari ni, tak de pantai 'Normandy' yang perlu digempur dan dirampas balik. Jadi, jangan buat macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Nama je diorang tu mengamalkan dasar terbuka, tapi satu habuk pun tarak!!! Selamat bersidang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.