Ahad, Oktober 20, 2013


SH malas nak komen banyak sebab Setiausaha Agung UMNO pun dah bagi respon kepada apa yang dinyatakan oleh Saifuddin Abdullah ni.

Kalau betul dia ada asa yang kukuh untuk membuat dakwaan sedemikian, maka dia boleh kemukakan bukti yang sah kepada pihak yang berkenaan.

Jangan pulak dia hanya sekadar cakap ikut sedap mulut je. Orang sekarang ni bukan nak percaya sangat dah dengan spekulasi yang bukan - bukan.


Bagi sesetengah sahabat blogger SH, diorang berpendapat, pemilihan kali ini tak de banyak perubahan yang berlaku. Mungkin betul apa yang diorang katakan.

Tapi, kemungkinan itu hanya wujud diperingkat atasan. Diperingkat Bahagian, banyak juga yang dapat Ketua baru dan muka baru untuk memimpin parti UMNO ni.

Salah satu contohnya ialah Si Saifuddin ni sendiri. Dia dulu jadi Timbalan Ketua Bahagian. Sekarang dah bertukar kepada orang lain. Begitu juga dengan bahagian - bahagian lain.

Maka, tak logik sangat la kalau kita kata tidak ada sebarang perubahan yang berlaku dalam pemilihan UMNO kali ini. Tinggal lagi, beberapa perkara perlu diperhalusi lagi.

Ianya mampu untuk mengurangkan perbalahan dan penentangan didalam UMNO itu sendiri. Tak salah kalau ianya dipertimbangkan.

Cuma SH nak ingatkan semula kepada semua calon yang menang. Beban tugas yang diorang perlu digalas selepas ini bukan calang - calang. Besar tanggungjawabnya.

Jadi, tak payah la nak buat kesimpulan kata dia kalah sebab itu dan ini. Terima je kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka dan redha dengan ketentuan Allah. Kalau itu pun dia tak boleh nak terima, baik tak payah bertanding!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. adaaaaaa , kami orang bukit gantang dah lihat dengan jelas , porwakilan dikepong bawa makan angin naik bas percuma makan minum percuma. wang poket disalam , rasa nya hampir atau lebih 1000 setiap orang yang bersedia menjual maruah .. malah benar kata LK siang , nila melayu hanya 50sen.
    Ikut kiraan nilai melayu bukit gantang hanya seringgit seharai dikaca mata ketua bahagian yang baru..

    Apa pun tahniah kepaa pemenang...

    BalasPadam
  2. politik wang. saifudin ajak belanja makan kat hotel sherwinton kepada semua ahli ahli boleh pulok. Tengku dollah panggil ahli UMNO mengadap utk sokong hishamuddin boleh gak. pendekata (bukan rosmah yea..) tak payah la ckp transformasi atau berubah. UMNO tak berubah la. penyokong je beria. ahli semua nak makan, nak duit.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping