SEPANG: Keputusan pemilihan bagi sayap Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Sepang yang diadakan pada 12 oktober lalu dibatalkan kerana tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan parti.
Setiausaha UMNO Bahagian Sepang, Nisman Yusof berkata, perkara itu diputuskan melalui satu mesyuarat timbang tara Badan Perhubungan UMNO Selangor yang diadakan pada Khamis lalu.
"Berdasarkan surat yang dikeluarkan, pemilihan bagi sayap Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Sepang pada 12 Oktober lalu didapati tidak telus dan melanggar SOP yang ditetapkan.
"Malah, dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Puteri UMNO Bahagian Sepang yang dipilih pada pemilihan 12 Oktober lalu bertindak meletak jawatan sebagai tanda bantahan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.