Inilah tahap mentaliti puak - puak Parti Angguk Saja tu. Suka sangat buat kerja - kerja Bodoh dan Bongok macam ni. Tak sudah - sudah nak menyusahkan diri sendiri.
Saja je gamaknya diorang nak bagi bola tanggung supaya orang boleh pertikaikan apa yang diorang buat. Tu sebab la diorang buat kerja - kerja bangang macam ni.
Korang bayangkan. Hari ini semua Ahli Jawatankuasa Pemilihan PAS letak jawatan sebab wujud kekhilafan dalam senarai calon yang bertanding bagi jawatan AJK PAS Pusat.
Dek kerana 'Kesilapan Teknikal' tu, mereka berpakat ramai- ramai untuk letak jawatan sebagai bukti yang diorang cukup 'Bertanggungjawab' KONONnya.
Kalau betul diorang ada buat kesilapan teknikal, maka pemilihan bagi jawatan Timbalan dan Naib Presiden semalam pun sepatutnya dikira sebagai tidak sah.
Kebiasaannya, JK Pemilihan ni perlu bertanggungjawab bagi KESELURUHAN Pemilihan yang dibuat. Dari jawatan Presiden sampai la ke jawatan AJK Pusat. Bukan hanya bagi jawatan terpilih sahaja.
Tambahan pulak, lantikan mereka sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilihan oleh kepimpinan tertinggi PAS merupakan satu amanah yang perlu mereka pikul sehingga semuanya selesai.
Amanah tu bukan hanya setakat sehingga semua perwakilan habis mengundi je. Sebaliknya, mereka perlu pikul amanah tu sampai semuanya selesai. Baru Kebenaran dapat ditegakkan.
Kalau dah diorang akui diorang ada buat kesilapan, maka keseluruhan pemilihan yang dibuat semalam dan hari ini boleh dikira sebagai tidak sah dari segi perlembagaan pemilihan.
Tapi, jangan heran sangat la dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ni memang suka buat peraturan dan undang - undang ikut sedap Kepala Lutut diorang je.
Hakikatnya, JK Pemilihan tu semuanya letak jawatan sebab diorang tak nak bertanggungjawab sekiranya timbul sebarang permasalahan selepas ini.
Kiranya, kalau ada bantahan atau sebagainya, diorang tak nak terlibat. Tu sebab la diorang letak jawatan awal - awal. Cepat - cepat diorang umum perletakkan jawatan tu supaya diorang dapat lari dari tanggungjawab dan amanah yang diberikan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.