Sabtu, November 23, 2013


Kesian sungguh tengok Amoi ni. Dah macam orang Gila Talak dah gayanya. Rupa dia sebijik macam Si Ostazah Pening tu masa dia tuduh bekas suami dia berkhalwat.

Orang dah hilang pertimbangan biasanya macam tu la. Suka sangat bercakap benda yang bukan - bukan. Bukan setakat hilang pertimbangan je, hilang akal pun ada jugak.

Mungkin dia sedar yang dia tak akan diterima jika dia nak masuk mana - mana parti lain selain dari DAPigs. Dia meroyan sebab DAPigs buat dia macam sampah. Diguna bila perlu.

Bila DAPigs dah tak perlukan dia, diorang buang dia kat tepi jalan macam kucing kurap. Itulah parti yang dibangga - banggakan sangat dek puak - puak Parti Angguk Saja tu.

Jelas, apa yang Amoi ni buat hanya untuk memperjuangkan diri dia sendiri je. Dan itulah doktrin yang diterapkan dalam Pakatan Haramjadah tu. Semuanya untuk kepentingan masing - masing, bukannya untuk kepentingan rakyat!!!
AMPANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai daripada DAP, Janice Lee Ying Ha hari ini mengumumkan untuk bertanding Jawatankuasa DAP Selangor pada 15 Disember depan.

Janice dalam sidang akhbar di pejabatnya di Taman Muda di sini berkata, walaupun telah dipecat daripada DAP, beliau masih lagi ahli parti itu kerana kes pemecatan beliau masih dalam peringkat rayuan.

"Saya sudah menghantar surat kepada pemimpin DAP Selangor agar hasrat saya untuk bertanding tidak dihalang kerana kita ahli DAP. Jika mereka larang kita akan membuat aduan kepada pihak berkenaan," kata Janice.

Tegas Janice, pemecatan keahlian beliau dan pembantunya, Dorothy Chong tidak sah kerana Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai kerana mempunyai percanggahan kepentingan.

Dalam sidang akhbar itu Janice mendesak agar Kok Wai yang juga Naib Pengerusi DAP menerima surat saman dari peguamnya berkaitan dakwaan memfitnah sehingga menyebabkan peluang beliau untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terjejas.

"Kalau Kok Wai tidak mahu menerima surat saman ini kita akan mengiklankannya dalam surat khabar dan kos berkenaan akan dimasukkan dalam kos peguam," kata Janice.

Janice sekali lagi mendakwa terdapat amalan berbeza-beza terhadap tindakan disiplin dalam DAP.

"Dalam laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock ada menyatakan bahawa ADUN (DAP) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah telah meluluskan peruntukan kerajaan negeri kepada syarikat yang dikaitkan dengan pak cik ADUN (DAP) Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong, Lee Wye Wing.

"Adakah amalan seperti ini dibenarkan dalam DAP? Kenapa dalam kes saya diambil tindakan tetapi dalam kes kedua-dua ADUN ini tiada tindakan disiplin diambil?" soal Janice.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Dia ni amoi ke?KahKahKah.........dah lupake?yang u tu dah.........

    BalasPadam



  2. MALAS NAK KOMEN. HAMPEH...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping