Selasa, November 12, 2013


Ini satu lagi statemen dari Pak Menteri yang 'Bijak'. Sebab ada Pegawai JAIP kena tembak, nak dibekalkan pulak Penguatkuasa Jabatan Agama dengan senjata.

Kata Pak Menteri tu, senjata api tu adalah untuk menjamin keselamatan pegawai sewaktu mereka bertugas dan ianya menjadi pertimbangan JAKIM.

Punya la 'Bijak' Pak Menteri tu ye. Mudah je dia nak selesaikan masalah. Dia ingat bagi senjata api tu boleh jamin keselamatan ke? Makin menyusahkan orang ada la.

Pak Menteri ni sepatutnya fikir secara dalam - dalam sebelum nak buat kenyataan rasmi kepada pihak media. Jangan la buat kenyataan 'Poyo' macam ni.

Sepatutnya, Pak Menteri tu kata ianya diperingkat cadangan. Jangan buat kenyataan seolah - olah perkara tu dah nak dilaksanakan. Nanti lain pulak persepsi masyarakat.

Sewajarnya, Penguatkuasa Agama tu buat kerja diorang bersama - sama dengan anggota Polis. Baru boleh jamin keselamatan Penguatkuasa Agama tu.

Bila diorang turun sekali dengan pihak Polis, orang yang terlibat tak dapat nak bezakan diorang datang dari unit mana. Polis atau Penguatkuasa Agama.

Itu caranya nak menjalankan tugas. Bukannya diorang pergi sendiri buat Operasi. Baru la wujud kerjasama diantara satu Jabatan dengan Jabatan yang lain.

Ini tidak. Kebanyakkan Jabatan ni bertindak sendirian. Diorang lebih suka buat kerja sendiri. Tak suka nak libatkan orang lain. Tu yang menjadi masalahnya.

Satu lagi persoalan yang dah lama SH timbulkan ialah mengenai jumlah Penguatkuasa Agama yang sedia ada. Boleh dikira dengan jari je jumlahnya.

Patutnya sekarang ni, Penguatkuasa Agama tu ditambah dan diperbanyakkan. Baru la Penguatkuasaan boleh dilaksanakan secara menyeluruh.

Ini tidak. Dalam satu daerah ada yang tak sampai 10 orang je Penguatkuasa Agamanya. Nak mencegah jenayah dan maksiat menda kejadahnya kalau macam tu.

Perkara itu yang patut Pak Menteri berikan perhatian. Bukannya sibuk nak bagi senjata pada Penguatkuasa Agama ni. Esok lusa, Penguatkuasa PBT pulak mintak, Pak Menteri nak bagi jugak ke!!! Pakai akai la Pak Menteri oi!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping