Selasa, November 19, 2013


Haduhai!!! Dalam laman media Facebook dan twitter dah berpuluh ribu orang menyatakan rasa tak puas hati mereka pasal cadangan pihak Kerajaan ni.

Tapi ada ke Pak Menteri nak dengar rintihan dan luahan hati mereka? Bukan ke Kerajaan jugak yang kata bahawa 'Rakyat Didahulukan'?

Jadi, kenapa tidak dalam isu ini? Pak Menteri sedar atau tidak bahawa hampir seluruh rakyat Malaysia ni tak berkemampuan untuk beli kereta macam tukar baju?

Sedar atau tidak bahawa rakyat Malaysia ni hidup dibelenggu dengan hutang? Sekarang Kerajaan nak suruh rakyat terus berhutang lagi ke?

Apa kejadahnya Pak Menteri kata dia 'BARU NAK CARI MEKANISME' selepas had kenderaan selama 12 tahun tu dibuat? Benda dah buat baru nak cari jalan penyelesaian?

Agak - agak la Pak Menteri oi!!! Berfikir biar la guna otak. Jangan ikut sedap mulut je. Kot ye pun nak buat sesuatu keputusan, fikir la pasal akar umbi dulu. Jangan buat kerja melulu.

Turun kebawah dan berjumpa dengan rakyat. Duduk dulu semeja dengan diorang dan tanya. Betul ke kemalangan jalan raya ni disebabkan oleh kenderaan berusaia 12 tahun ke atas?

Atau adakah ianya hanya disebabkan kecuaian pemandu yang bawak kereta macam pelesit? Agak - agak la Pak Menteri. Jangan buat keputusan sebelum kajian dijalankan!

Terus terang SH katakan, ramai lagi orang kampung yang pakai kereta lama ni, berusia lebih dari 12 tahun. Tak pernah pulak diorang terlibat dengan kemalangan.

Pernah tak JPJ keluarkan statistik kereta jenis apa yang paling banyak terlibat dalam kemalangan? Atau adakah JPJ sendiri buat kerja ikut sedap kepala lutut je?

SH mintak tolong sangat la dengan Pak Menteri, jangan la buat kerja Pandir macam ni!!! Buat menyusahkan kerja orang je. Fikir dulu masak - masak, turun dulu ke akar umbi. Jangan buat keputusan ikut sedap hati sendiri je!!!
Categories:

8 ulasan:

  1. kalau Menteri2 yang berasal dari keturunan bangsawan tentang kehendak rakyat,itulah jadinya.sodap2 hati dan molot aje.

    BalasPadam
  2. Sabenarnya dah ramai sangat rakyat Msia yg sudah tidak lagi menyokong Hishamudin malah mereka sudah naik meluat kpdnye.Ini jelas kelihatan dalam pemilihan Naib Presidenes UMNO baru2 ini.Ramai juga yang membencinye atas kenyataan2nye yg dibuat tanpa berfikir sabelum mengeluarkanye. Yang pasti membencinye adalah anggota2 pasukan keselamatan dan keluarga mereka termasuk yg telah sudah bersara.Semasa pencerobohan di Lahad Datu tempoh hari Hishamudin dengan megahnye menyatakan dalam media masa termasuk Tv bahawa penceroboh yang bersenjata dengan senapang dan rocket launcher itu bukan MILITAN. Allahuakhbar!.Ini menunjukkan betapa kurang cerdiknye MENTERI dlm negeri Malaysia.Saya pun xfaham macam mane orang macam ni boleh memegang jwtan sapenting itu.Ade kedengeran oran ramai berkata dua survive atas dasar anak bekas Pm dan sepupu pula dengan DS Najib.Wallahuallam.

    BalasPadam
  3. Rase rasenye jika diteruskan, ramailah nanti yg akan terpakse pangkah pakatan walau tak suke dan terpakse. Mk tamatlah kelangsungan BN di Msia dan mungkin takkan bangun bangun lg.

    BalasPadam
  4. jujur aku cakap Najib WAJIB gugurkan HISHAMUDIN dr kebinet DEMI RAKYAT MALAYSIA

    BalasPadam
  5. SETUJU!!! Dengan 7.46 diatas.

    BalasPadam
  6. Setuju sesgt dgn 7.46. Pak menteri jgn jd PAK PANDIR. Idea 12 tahun menang negara tergadai di PRU14.

    BalasPadam
  7. dia pakai keta free.gomen byt

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping