Rabu, November 06, 2013


Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya parti-parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama di negara ini dibatalkan pendaftarannya ditentang oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

Menurut Harun, asas penubuhan PAS bertunjangkan kepada kesucian agama Islam di mana nilai-nilai murni dalam ajaran tersebut mampu menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Malah, beliau turut mengajak rakyat mengambil iktibar daripada perpecahan dan peperangan yang sehingga kini masih berlaku di negara-negara luar akibat salah faham dan ketidakserasian di antara pelbagai pihak.

"Islam memang diturunkan oleh Allah SWT untuk menyatukan manusia dari pelbagai agama, kabilah dan kaum. Sebab itu PAS berasaskan kepada Islam, maka Islam itu yang akan dijadikan asas dan panduan semua kaum dan agama di negara kita khususnya.

"Ia (Islam) mampu menyatu kembali perpecahan dunia hari ini. Dunia hari ini pecah kerana Amerika dan masalah agama. Amerika mengamalkan kapitalisme, China dan Rusia mengamalkan komunis. Begitu juga negara-negara lain. 

"Tapi ia menyebabkan dunia berpecah hari ini. Mari kita bersatu di bawah payung Islam yang diturunkan oleh Allah, Allah mencipta pelbagai kaum untuk bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain," katanya.

Harun berkata demikian apabila diminta mengulas cadangan Karpal hari ini supaya mana-mana parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan atau diubahsuai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Menjelaskan beliau tidak tahu apakah tujuan sebenar Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkenaan mengeluarkan pendapat sedemikian, namun tegas Harun, PAS tetap berpegang kepada prinsip dan landasan perjuangan mereka yang sebenar.

Bagaimanapun, beliau berkata PAS membuka peluang kepada bukan Islam untuk menyokong perjuangan parti itu, melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS bukan Islam yang diyakini mampu menyemai konsep perpaduan yang diamalkan di negara ini.

"Sekarang PAS bersedia dan membuka peluang kepada pelbagai bangsa dan agama untuk sama-sama menyertai PAS. Kita ada satu saluran untuk mereka yang bukan Islam dan Melayu untuk menyertai PAS di bawah Kelab Penyokong PAS daripada bukan Islam. Ia membuka peluang kepada bukan Islam sertai PAS," jelasnya.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. INI SEMUA SANDIWARA SAJA. TAKKAN HAMPA TAK TAU.
    LAMA DAH DEPA DOK MAIN MACAM NI. TOK LEBAI
    MUNAFIK SEMUA TU. TOK SAH DOK SERONOK LA. DEPA
    DOK MAIN DRAMA SAJA TU.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping