Rabu, November 06, 2013

"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat. Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau.” Datuk Husam Musa – 3 Oktober 2013, Merosakkini
Itulah Datuk Husam pada 3 Oktober yang lalu tetapi berdasarkan satu laporan The Malaysian Insider, Husam seperti sudah bertukar nada.

Husam berkata beliau sedang menunggu keputusan Tuan Ibrahim Tuan Man yang masih bermain teka-teki dalam keputusannya sebelum membuat keputusan kerusi mana yang harus direbutnya?

Apakah keputusan Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi satu alasan yang baik bagi Husam untuk melawan Abang Mat?

Bukankah prestasi Abang Mat yang sepatutnya dijadikan ukuran untuk Husam dalam membuat pilihannya?

Apakah Husam nak mungkir janji dan main berbelit-belit dengan kata-katanya? Jika ya, itu satu sifat yang tidak wajar.

Kerusi Timbalan Presiden adalah dikhaskan kepada mereka yang berani membuat keputusan.

Pemimpin yang tidak mampu membuat keputusan seperti soal samada perlu bertanding kerusi timbalan presiden sudah menunjukkan bahawa mereka tidak sesuai untuk menjawat kerusi timbalan presiden.

Lihatlah pada Abang Mat yang tidak berselindung dua tahun lepas dan juga tahun ini bahawa beliau inginkan kerusi timbalan presiden. 

Begitu juga Nik Amar di akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan beliau sedia berentap dengan Abang Mat meskipun didakwa mendapat pencalonan yang sikit. Itulah gaya dan sikap yang perlu ada bagi calon-calon yang ingin bertanding kerusi timbalan presiden.

Tuan Ibrahim dan Husam didakwa kononnya mendapat pencalonan tertinggi. Apa gunanya mendapat pencalonan tertinggi kalau tiada keberanian untuk membuat keputusan semudah untuk bertanding ataupun tidak – atau perlu membuat keputusan bergantung pada keputusan pihak lain?

Lebih-lebih lagi kalau ada yang mendapatkan pandangan daripada pihak bukan Islam bukan ahli parti sebelum membuat keputusan. Kalau dalam bahasa kasar, orang akan kata mana hilang “telur” dua pemimpin ini?
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Pemimpin UMNO semuanya tak de telur.......sampai tak de seorang pun yang berani mencabar Muhyidin sebagai Timbalan Presiden pada PAU itu hari.....nak kata kat orang pun cermin diri dulu.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping