Pasca Pemilihan PAS: Mat Syabun tetap dianggap sebagai seorang Kafir Liberal oleh sesetengah penyokong PAS. Kenapa yang ada anggap sedemikian?
Heran bukan? Selama hari ini, kita melihat sokongan ahli PAS terlalu Wala' terhadap pemimpin mereka. Tetapi siapa tau. Dalam kalangan diorang tu ada jugak yang tak puas hati.
Cuma jarang kita dengar diorang ni meluahkan perasaan mereka secara terang - terangan. Malah ada jugak yang hanya memendam perasaan sehingga tiba waktunya nanti.
Dan sebab tu jugak kita tak pelik sekiranya ada dikalangan ahli - ahli PAS tu sendiri yang sanggup 'Boikot' calon mereka dalam Pilihan Raya Umum.
Barang perlu diingat! Apa yang didedahkan ini bukan blogger UMNO yang buat. Bukan jugak orang UMNO yang masukkan cerita ni dalam blog.
SH cuma memetik apa yang telah disiarkan dalam blog Pro Pakatan supaya orang luar boleh tengok apa yang berlaku dalam PAS selama hari ini.
Tapi, bila dengar cerita ni dah tentu akan ada pihak yang mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Admin dalam Facebook ni merupakan kenyataan 'Orang UMNO'.
Ada 'Orang UMNO' yang 'Menyamar' dan cuba memburuk - burukkan imej Mat Syabun. Saja je diorang nak mencemar imej Nik Amar. Mungkin itu anggap mereka.
Katakan la apa sahaja. Seandainya perkara itu tidak benar, apa kejadah pulak diorang keluarkan cerita tu dalam blog diorang dan menyebarkannya kepada orang luar?
Kan tak Cheredik namanya tu? Sepatutnya diorang buat cara lain untuk tidak memburukkan imej PAS tu sendiri. Tapi, dah nama pun Parti Angguk Saja. Diorang memang suka memalukan diri sendiri!!! Sekarang tanggung la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.