Haduhai!!! Tak habis lagi mengediknya awek sorang ni ye? Belum puas lagi hati dia gamaknya. Rasanya ada la benda yang tak kena tu. Maka sebab tu la dia meroyan.
Tapi yang herannya, hari ini dia meroyan pasal isu undi. Mula tu kita terfikir jugak sekejap. Undi apa yang dia maksudkan? Undi dalam Muktamar tu ke?
Maklum la. Sekarang ni kan tengah hangat orang bercerita pasal isu 'Undi' dalam muktamar tu. Katanya ada wujud 'penyelewengan'. Ada yang dikatakan 'membeli undi'.
Jadi sebab itu kita mudah ingat dia bercakap pasal undi dalam muktamar tu. Tapi rupanya lain pulak isu yang nak dibangkitkan. Isunya berkaitan dengan calon Muslimat dalam PRU.
Dia mendakwa kononnya ada pihak yang menganggap ianya Haram mengundi calon dari kalangan wanita bagi PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
"Kita dapat maklumat, ada satu dua kes Dun dan kawasan yang tidak mengiktiraf calon muslimat."Paling malang apabila ada yang menegur haram jika mengundi muslimat. Ini bercanggah dengan Majlis Syura Ulama dan berharap perkara ini dapat diselesaikan," katanya dalam ucapan penggulungan, hari ini.
Heh! Siapa yang bercakap macam tu tak pasti la pulak. Tak nak pulak dia dedahkan mengenai perkara tersebut secara lebih mendalam. Setakat bagi tanda soal je.
Perkara tersebut boleh membangkit rasa syak dikalangan rakyat. Adakah dia bercakap tu atas kapasiti pengalaman dia sendiri atau pengalaman orang lain?
Adakah dia nak kata yang dalam PAS tu memang wujud unsur sabotaj sesama mereka kerana tidak dapat menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum yang lepas?
Kalau itulah persoalan yang nak dibangkitkan, nampak sangat la yang dia secara tak sengajanya mengakui bahawa dalam PAS tu memang ada wujud perasaan dengki sesama sendiri.
Jika tidak, macam mana pulak isu tersebut boleh dibangkitkan? Macam mana cerita sedemikian boleh tersebar dan dijadikan bahan mulut orang.
Maka kesimpulannya, ada segelintir orang PAS ni pun masih lagi GAGAL menjiwai perjuangan Islam yang nak dibawa oleh parti tersebut. Tapi, apa boleh buat. Dah itu bukan hala tuju pemimpin, kita nak kata apa lagi. Sendiri bikin, sendiri tanggung la!!!
usah lah guna gambar2 org hak xberkenaan...mcm kwn cakap tadi....
BalasPadamsecara xlangsung aok membabitkan ramai org dengan dosa2 aok ni...
malu kwn org pahang aok buat keje gini...
aok nak politik, bantai lah lantak aok lah...tapi jgn guna gambar2 org2 hak x kena mengena...aok tau dak setiap kali aok post dengan gambar2tu bukan ke saham aok dalam bursa saham API bertambah bagi menguatkan lagi kelulusan atau confirmation aok kesana?
aok ada masa renungkan lah...jgn buat gini...malu kita org pahang...
xada modal lain ke? kwn xsokong memana politik ni, last ngundi pun kwn xblik pun ke bentong ngundi sebab sakit ati sgt dgn sifat2 sesama melayu dan islam ni dalam kpentingan politik...
dgn itu kwn x larang aok dgn portal aok ni...jgn guna gambar hak xtentu org...
kalu nak buat juga usah lah guna nama pahang...
malu kwn.,...malu kwn sebagai anak jati pahang...
mak kwn org bentong ayah kwn org temerloh...
kwn pure anak jati pahang...
malu lah nama pahang ada dalam blog aok ni tapi pengaiban terhadap insan2 hak xada kene mengena pun ada, pengaiban terhadap musuh2 politik pun ada...
pengaiban pada diri kita sebagai umat islam pun iye...
pengaiban terhadap negeri kelahiran pun iye....
yg terakhirnya adalah mengaibkan makhluk ciptaan pencipta kita semua....
aok renungkan lah...usah lah gini....