Jumaat, November 01, 2013


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mengenepikan pertuduhan terhadapnya berhubung perhimpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.

Hakim Noor Azian Shaari, ketika membuat keputusan itu, berkata selepas menimbangkan hujah peguam yang mewakili Nik Nazmi dan Timbalan Pendakwa Raya, mahkamah itu mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kes membabitkan pihak mencabar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, pernah dibangkitkan di mahkamah termasuk sudah diputuskan sehingga ke tahap Mahkamah Persekutuan.

"Pertuduhan mengikut Seksyen 9 (1) APA tidak melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kerana ia bukan satu pertuduhan yang tidak munasabah.

"Pemohon hanya ada satu saja alasan iaitu pertuduhan itu adalah ultra vires dan bukan tidak munasabah.

"Apa-apa yang dikatakan mengenai selective prosecution hanyalah asam garam untuk menyedapkan cerita pemohon. Ia bukan alasan untuk menyatakan Seksyen 9(1) dan 9(5) adalah 'null and void'," katanya.

Beliau berkata, itu berkenaan perlu dibangkitkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di mana ia akan dibicarakan dan bukan dibangkitkan di Mahkamah Tinggi.

Katanya, polis dan pendakwaan mesti mempunyai alasan untuk mendakwa pemohon.

Pada 17 Mei lalu, Nik Nazmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, pada 8 Mei lalu.

Perhimpunan yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping