Itu persoalan yang bermain dalam kotak pemikiran rakyat Malaysia pada hari ini memandangkan Peguam - Peguam Pakatan tu sibuk sangat membela penjenayah.
Persoalannya, adakah mereka juga sanggup menjadi Peguambela kepada pembunuh seperti suspek dalam kes tembakan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP ni?
Jika sebelum ini, digembar gemburkan bahawa mereka sedia menjadi Peguam kepada pembunuh Pegawai AmBank yang mati ditembak.
Katanya, kesanggupan mereka itu adalah atas dasar Kebebasan Hak Asasi Manusia. Sekarang, soalan yang sama juga ditujukan atas tujuan yang sama.
Kot kalau diorang kemaruk sangat nak membela nasib Penjenayah yang ada di Malaysia ni, memang diorang saja cari penyakit la!!! Kot ye pun nak jadi popular, cari la cara lain!!! Jangan saja nak jolok sarang tebuan. Nanti sakit diri sendiri!!!
Polis Pahang mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek sebentar tadi.Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa."Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media sebentar tadi.Ahad lalu, Raffli ditembak mati dihadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, kira-kira jam 2.30 petang.Ketika kejadian mangsa yang berumur 49 tahun sedang berehat bersama isteri dan seorang anaknya di ruang tamu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Zakaria Ahmad berkata beliau difahamkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an, berjubah hitam dan berkopiah putih telah memanggil mangsa keluar dari rumahnya.Rakan suspek yang menunggu dalam kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih tiba-tiba keluar dan melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.
Semua orang ada hak untuk didengari. Proses yang dibuat ialah mewakili agar mereka tidak teraniaya dengan proses perundangan sahaja. Bukan mewakili dengan niat dan protes bahawa mereka perlu disokong atau mereka tidak bersalah. Biarpun ketidakmampuan pihak mereka, kerajaan sendiri akan melantik bagi pihak mereka. - https://www.facebook.com/pages/Hisham-Nazir-Co/150937861626574
BalasPadam