Berikut disebarkan kenyataan media dari Menteri Besar Pahang mengenai status kesihatannya yang terkini:
KENYATAAN AKHBAR MB PAHANG; Saya telah dimasukkan ke ICU Prince Court Medical Centre, KL (milik penuh PETRONAS) pada petang 4 November yang lalu kerana disyaki diserang jangkitan kuman samada Leptospirosis atau Melioidosis.
Serangan bermula semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang lalu.
Alhamdulillah, saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke Wad Biasa pada 8 November yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala.
Pihak Hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di Hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa mulai minggu hadapan.
KDYMM Tuanku Sultan dan YAM PM sedia maklum tentang hal ini. Terima Kasih. - DSDR Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang.
Didoakan semoga YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob kembali sihat dan dapat meneruskan tugas beliau seperti biasa.
Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih diatas keprihatinan rakyat Negeri Pahang serta penduduk seluruh Malaysia terhadap kesihatan beliau.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.