Hmmm... Termenung panjang SH bila baca cerita mengenai seorang Ahli Majlis yang didakwa oleh pihak SPRM kerana salah guna kuasa ni. Siapa la yang lantik dia ye?
Dia ni jadi Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya. Kebiasaannya, untuk menjadi ahli Majlis ni perlu dilantik oleh mereka yang mewakili kawasan tersebut.
Sebelum ini, tak pernah pulak dengar yang Rejim Pakatan Selangor buat pengundian terbuka untuk lantikan sebagai Ahli Majlis seperti yang diwar - warkan selama ini.
Kiranya, diorang masih lagi pakai sistem yang lama iaitu melantik seorang wakil dari wakil parti yang menang dikawasan tersebut. Jadi persoalannya, parti mana yang mewakili Subang Jaya? Hah! Itu korang cara sendiri la!!!
SHAH ALAM: Seorang anggota majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 19 pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen pada 2010.Hamdan Ismail, 50, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan kelulusan berhubung cadangan Syarikat Alam Muhibbah Enterprise, yang dikendalikan anaknya, Yuwafee Heidi, bagi melaksanakan kerja membina bonggol premix di Jalan LEP 6 dan Jalan PP1 serta membaik pulih jalan di Taman Equine, Seri Kembangan berharga RM19,790.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat MPSJ di Subang Jaya pada Februari 2010 dan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk MPSJ Zon 19 bertarikh 3 Disember 2009 yang palsu, sebagai tulendi Bahagian Khidmat Komuniti Kompleks 3C, MPSJ Subang Jaya pada 3 Disember 2010.Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Hakim M Bakri Abd Majid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 denganseorang penjamin dan menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula kes.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.