Jumaat, Disember 20, 2013


Boleh tak kalau kita buat Akuan Berkanun (SD) macam tu? Hanya berdasarkan 'Dengar Cakap', dakwaan boleh dikaitkan dengan seseorang individu tanpa perlu disiasat?

Kalau demi nak memperjuangkan hak kepentingan peribadi, mungkin boleh. Orang boleh cakap apa sahaja demi mencemar reputasi dan maruah orang lain.

Tapi jika ianya nak digunakan sebagai perjuangan dalam menegakkan Kebenaran dan Keadilan, ianya tidak relevan. Setakat dengar cakap, bukannya ada bukti yang sah.

Namun, itulah hakikatnya pada hari ini. Orang ramai lebih suka 'Dengar Cakap' orang lain tanpa perlu merujuk kepada mana - mana pihak yang terlibat atau berdasarkan fakta.

Pantang orang bercakap diatas pentas, semuanya nak dipercaya bulat - bulat. Pantang berita tersebar dalam internet, terus kita yakin bahawa ianya benar.

Jadi, bagaimana Kebenaran itu nak ditegakkan? Bagaimana Keadilan itu hendak diperjuangkan seandainya perkara asas seperti itu diketepikan begitu sahaja?

Hakikatnya, jika kita yakin kita berada dikalangan orang yang Benar, apa perlunya kita takut dengan orang lain? Sudah tentu Kebenaran itu akan berpihak kepada kita. Sebaliknya, kalau kita TAKUT dengan kebenaran, maka datang la macam - macam alasan yang bukan - bukan!!!
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan beliau sebagai pendakwa utama dalam rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat, perlu ditolak kerana ia banyak bergantung pada bukti dengar cakap.

Dalam hujahnya kepada Mahkamah Rayuan di sini Khamis, Muhammad Shafee berkata akuan berkanun (SD) yang dibuat bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim adalah berdasarkan bukti dengar cakap serta tuduhan bersifat remeh.

Beliau memberitahu panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Aziah Ali bahawa penulis SD itu (Mat Zain) tidak pernah diperiksa atau mengemukakan afidavit yang membolehkan mahkamah membuat pengesahan tentang kebenaran tuduhannya.

Muhammad Shafee berkata semakan dengan Jabatan Insolvensi menunjukkan Mat Zain seorang muflis dan gagal melunaskan pinjaman peribadi yang diambil daripada seorang ahli perniagaan tidak lama selepas beliau bersara daripada pasukan polis.

Menurut peguam kanan itu lagi, permohonan berkenaan dibuat berdasarkan isu undang-undang dan fakta sama yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan.

“Permohonan ini tidak lebih daripada suatu permohonan remeh dan menyusahkan…untuk melambat-lambatkan dan memanjangkan tempoh pendengaran rayuan kes liwat utama kedua,” kata Muhammad Shafee.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. O...dato Cid pukimak macham ni tipu duit orang pon ada...

    memang HARAMI punya dato Cid haram jadah anak haram i ...

    BalasPadam
  2. Dalam PDRM ni Macham2 penyamun ada...tak kuat iman...

    Bukan salah PDRM. ..ini semua salah pemimpin umno menyalahgunakan kuasa yang menunjukkan contoh tauladan. .

    So geng PDRM ikut contoh boss la !

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping