Rabu, Disember 11, 2013


Fuh!!! Tak disangka - sangka beb. Kejam sungguh diorang ni rupanya. Ingatkan apa yang dinyata oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu setakat cakap kosong je.

Rupanya, memang betul la pihak Kerajaan ni lansung buat tak tau je dengan nasib malang yang menimpa mangsa - mangsa banjir ni. Sampai tak de lansung bantuan yang disalurkan.

Kalau kita dengar semula pembentangan usul yang dibuat oleh Si Fuziah tu sebelum ini, nampak macam Kerajaan ni jenis yang suka lepas tangan dan tak bertanggungjawab.

Dalam usul yang dia bentang tu, jelas menunjukkan yang kononnya Kerajaan ni tak ambik kisah lansung pasal bencana yang melanda penduduk - penduduk di Malaysia ni.

Dia kata, sebab tak diisytiharkan darurat punya pasal, tak de lansung bantuan yang disalurkan kepada mangsa yang terlibat. Sengsara sungguh hidup mangsa pada ketika itu.

Walhal, bantuan dari pihak Kerajaan datang bertalu - talu sampai tak menang tangan dibuatnya. Dengar kata, masih banyak lagi bantuan yang dihantar tak sempat digunakan.

Malah, tak cukup dengan itu sahaja. Sebaliknya bantuan Kerajaan juga termasuk meringankan beban rakyat yang ada buat pinjaman dengan TEKUN.

Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut mengumumkan bahawa sekolah yang mengalami kerosakan akibat banjir juga turut akan diperbaiki semula.
"Ada peruntukan khas untuk kita baiki sekolah-sekolah yang rosak, saya dan pegawai pembangunan akan berjumpa dengan pengetua dan guru besar sekolah terlibat untuk tengok jenis kerosakan.

"Setelah itu kita akan baiki sekolah dan akan bekalkan kerusi dan meja pelajar supaya sekolah penggal baharu akan dapat bermula tanpa sebarang masalah,"  - Datuk Seri Idris Jusoh
Mungkin itulah sifat kejam yang nak ditonjolkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu terhadap pihak Kerajaan kot. Yang membantu rakyat tu dianggap kejam. 

Tapi yang dok menyebar fitnah dan menipu rakyat tu pulak yang diangkat sebagai wira. Kan nampak sangat diorang memang mengamalkan dasar kehidupan yang songsang? Tak heran la kalau diorang pun sanggup menyokong pauk - puak yang SONGSANG jugak!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping