Anwar Ibrahim (gambar) mencuba sekali lagi menyingkirkan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan Putrajaya untuk membuat rayuan terhadap pembebasan kes liwatnya untuk kali kedua.
Anwar kali ini menggunakan akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim sebagai asas untuk mengenepikan Shafee.
Mat Zain pada Isnin lalu mengedarkan salinan SD itu kepada portal berita dan beberapa ahli Parlimen yang memperakui salah laku jenayah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan tuduhan rasuah.
Anwar mendedahkan Shafee tahu tindakan Abdul Gani namun peguam itu sengaja menyembunyikan bukti penting terutamanya dalam kes perebutan hak milik Pulau Batu Puteh yang menjadi rebutan Malaysia dan Singapura.
Selain itu, SD berkenaan juga membabitkan Abdul Gani dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam mengadakan bukti kes “mata lebam” 1998.
Anwar dalam satu notis yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan semalam berkata Shafee tidak layak dilantik sebagai timbalan pendakwa raya untuk mengetuai pasukan pendakwaan.
Beliau berkata, Shafee tidak akan dapat mematuhi kelayakan Bidang Guaman (Tatacara dan Etika) 1978 bagi menjalankan rayuan. Katanya, keadilan dalam perbicaraan tidak akan dicapai sekiranya Shafee mengetuai pasukan pendakwaan.
Mahkamah Rayuan dijadualkan mendengar rayuan Putrajaya bagi mengenepikan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi pada minggu hadapan.
Pada 9 Januari tahun lalu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar, 66, daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 2008.
Peguam Karpal Singh memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonan mengenepikan Shafee terlebih dahulu sebelum kes liwatnya dibicarakan.
Pada 21 November, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar kerana Abdul Gani boleh memberikan kebenaran sementara kepada Shafee untuk mendakwa Anwar.
Ps: Semakin hari semakin jelas kita dapat lihat Si Ketua Penipu tu takut nak menghadapi KEBENARAN!!!
ngapa nuar... kotey engko dah tak naik ke? apa nak takut. tak kan nak cari helah lagi. karpal sinki dulu pun kata engko kaki liwat...apasal engko lantik dia jadi peguam? kotey engko dah dipegang olih bhai ni ke?
BalasPadamngapa nuar... kotey engko dah tak naik ke? apa nak takut. tak kan nak cari helah lagi. karpal sinki dulu pun kata engko kaki liwat...apasal engko lantik dia jadi peguam? kotey engko dah dipegang olih bhai ni ke?
BalasPadamAL JUBURi ni org kuat dajal kot
BalasPadam