Hanya itu je la yang Si Fuziah tu mampu buat, bercakap. Mengkala nak ambik tindakan, jangan harap la. Setakat tau bercakap je, tak mendatangkan faedah Fuziah oi!!!
Sekurang - kurangnya, Datuk Seri Najib Razak tu ada juga inisiatif nak cari bantuan dari Negara luar bagi membantu mangsa banjir di Malaysia ni. Yang dia buat apa?
Bukan ke dia sebelum ni dok sibuk mendabik dada kata dia ada rakan - rakan dari luar Negara yang sanggup membantu dalam apa jua keadaan sekali pun.
Masa dia buat bantahan Anti Lynas dulu, bukan ke dia pernah dapat bantuan dari kalangan mereka yang berpengaruh di Australia. Jadi, kenapa tak mintak bantuan diorang?
Kenapa tak mintak rakan - rakan dia di Jerman tu bantu menghulurkan bantuan kewangan buat mangsa - mangsa banjir yang terlibat di Kuantan? Kalau berkunjung ke sana rajin sangat.
Apa faedahnya dia kerap kali pergi keluar Negara mengikut orang itu ini dengan alasan menghadiri seminar dan sebagainya kalau tak boleh nak cari bantuan?
Yang puak - puak dia tau, pergi keluar Negara dan mengutuk Negara sendiri. Buat cerita yang bukan - bukan bagi memburukkan Kerajaan. Itu je yang diorang tau buat.
SH pun bukan la nak ajar Beruk Panjat Pokok. Sepatutnya dia sendiri tau apa yang dia perlu buat. Bukannya setakat duduk di rumah dan pertikaikan pasal usaha orang lain.
Soalnya sekarang, apa yang dia dah buat. Bukan persoalkan apa yang orang lain dah buat. Orang buat atas dasar tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Yang dia pulak, bila nak buat?
Kalau tak de buat apa - apa tindakan dalam usaha nak membantu rakyat, baik jangan bising. Duduk diam - diam dan jangan cakap banyak. Buat mengabihkan masa je bercakap banyak ni. Kot nama je jadi wakil rakyat, tapi kerja Hapah pun dia tak buat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.