Mamat yang sering cakap besar di Facebook dan ingin melancarkan serta menghasut para pembaca Facebook agar kerajaan sedia ada digulingkan, menggunakan nama pena ASMAELZ HADZENY II diberitakan sekarang ini sedang menggeletar dan asyik-asyik meminta kebenaran ke bilik air untuk terkencing, setelah ditahan oleh pihak polis pada jam 11:00 pagi tadi di Saratok, Kuching, Sarawak.
Laporan polis telah dibuat di seluruh negara apabila penganggur berusia 25 tahun itu membuat posting di Facebook sambil menggesa agar rakyat Malaysia hadir ke perhimpunan di Dataran Merdeka pada tengah malam 31 Disember 2013.
Nampaknya Mamat penganggur itu dapat ke Kuala Lumpur secara percuma apabila selepas ditahan, dia telah dihantar ke Kuala Lumpur serta-merta bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook.
Kalau Pengerusi TURUN, Azan Safar mendapat bantuan daripada Biro Guaman PAS, apakah Asmaelz Hadzeny II yang berharap, pihak berkuasa tidak dapat membuktikan yang dia adakan pemilik akaun tersebut selain menulis kenyataan itu, akan mendapat bantuan yang sama?
Penganggur itu akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan suatu aktiviti yang menjejaskan Demokrasi Berparlimen.
Patutnya mamat ini didakwa di bawah kanun yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati kerana cuba menghasut agar perang terhadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong.
Ada kemungkinan juga mamat penganggur itu beranggapan, tulisannya di Facebook hanyalah sekadar satu gurauan kasar yang tidak memberikan sebarang kesan kepada Malaysia dan rakyatnya.
Namun sama ada dia sedar atau sebaliknya, sekarang ini dia yang menerima padah, manakala para pemimpin yang disokong dan mahu dilihatnya menguasai pentadbiran negara, sedang seronok bercuti di luar negara sementara menantikan detik 31 Disember 2013 sebelum mereka mula berucap berapi-api meminta bantuan rakyat agar menaikkan mereka sebagai Kerajaan menerusi jalan demonstrasi!!! - TheFlyingKick
sedih siul...tahap mcam ni dah malaysia..jatuh nya bn maka selama2nya akan huru hara malaysia...aku nak masuk side mana pun aku tak tau...
BalasPadam