Jumaat, Disember 13, 2013


Walaweh!!! Terdesak sangat dah Si Mat Syabun ni bila dia dikaitkan dengan pergerakan fahaman Syiah didalam Malaysia ni. Dia mula jadi tak tentu arah.

Jika tadi, kita dah baca kenyataan yang dia akan mengambil tindakan terhadap KDN serta Datuk Seri Zahid Hamidi yang KONONnya telah memfitnah dia.

Mungkin lepas ni Si Mat Syabun tu boleh ikut cara bagaimana seorang Ulama Syiah nak menegakkan kebenaran dengan menjemput semua para ulama yang dia kenal.

Ulama Syiah tu juga turut menjemput ulama dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah agar dapat duduk berbincang mengenai perbezaan fahaman diantara mereka.

Di satu sudut, ulama - ulama besar Syiah sepakat untuk hadir beramai - ramai dengan niat agar mereka mendapat pengiktirafan dan menjadi salah satu cabang dalam Islam.

Manakala bagi satu sudut lagi, Ulama yang mewakili Ahli Sunnah Wal-Jamaah bersepakat untuk menghantar seorang sahaja yang terbaik diantara mereka.

Maka, Ulama - Ulama besar Syiah tu pun datang beramai - ramai sehingga memenuhi ruang dewan mengharapkan yang Ulama Sunnah Wal-Jamaah tidak dapat mengimbangi mereka.

Tatkala mereka sedang berasa bangga, jauh dipintu kota mereka melihat seorang lelaki memakai jubah memasuki ruang kota dengan menaiki unta.

Sesampainya lelaki itu didepan pintu dewan, dia pun membuka kasutnya dan dikepit dibawah ketiak seolah - olah takut kehilangan kasut tersebut.

Lantas lelaki itu disoal oleh Ulama Syiah yang menjemput mereka datang dengan penuh rasa hairan, "Kenapa kamu kepit kasut itu seolah - olah kamu takut ianya akan hilang?" 

Lelaki berjubah itu pun menjawab dengan tenang, "Saya khuatir kerana dizaman Rasulullah, katanya puak - puak Syiah ni suka mencuri barang orang lain termasuk kasut."

Ulama Syiah yang menjadi tuan rumah itu pun lantas marah dan terus menafikan dakwaan lelaki itu. "Dizaman Rasulullah mana ada puak - puak Syiah!!!" bentak Ulama Syiah tu.

"Jadi untuk apa lagi diadakan perjumpaan ini jika puak - puak Syiah ini tidak pernah wujud pada ketika zaman Rasulullah?" jelas lelaki berjubah tu dengan tenang.

Nah!!! Moral kisah ini cukup mudah. Sekiranya Si Mat Syabun tu rasa dia tak terlibat dengan gerakan Syiah, buat apa dia nak menggelupor tak tentu arah? Nampak sangat la macam ada sesuatu yang tak kena. Bak kata pepatah, sendiri makan pengat, sendiri mau ingat la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping