Isnin, Disember 23, 2013


Persoalan itu masih lagi belum dijawab oleh pemimpin PAS terutama sekali SI Mahfuz Bean yang sebelum ni lantang membidas UMNO dalam sidang Parlimen.

Si Mahfuz Bean tu kata yang UMNO sengaja menuduh PAS mempolitikkan isu berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah sedangkan mereka tak buat macam tu.

Jika benar PAS tidak mempolitikkan isu tersebut, kenapa mereka tidak mempertahankannya? Kenapa mereka hanya mendiamkan diri bila ianya dibangkitkan?

Persoalan yang lebih utama ialah apabila bukan Islam mempergunakan kalimah Allah, kenapa PAS hanya mendiamkan diri dan berpeluk tubuh sahaja?

Padahal, Majlis Syura PAS sendiri telah membuat ketetapan menolak bukan Islam daripada menggunakan kalimah tersebut didalam apa jua bentuk sekali pun termasuk upacara keagamaan.

Nah!!! Sekarang, apa lagi yang PAS tunggu? Apa lagi yang membuatkan mereka berlengah - lengah untuk tampil kehadapan dan buat bantahan secara terang - terangan?

Adakah diorang hanya setakat berani bila berhadapan dan bersuara membantah dengan mereka yang seagama dengan mereka sahaja? Kalau dengan orang lain diorang takut pulak.

Atau adakah mereka terus akan tunduk dengan desakan puak - puak Evangalist ni demi mengekalkan sokongan peribadi pemimpin utama mereka semata - mata?

Kalau setakat pandai bercakap dan jadi Pak Angguk Saja, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je. Kalau setakat buat untuk kepentingan diri sendiri, jangan dabik dada kata diorang tu pejuang Islam!!! Buat malu je!!!
KLANG: Larangan penggunaan kalimah Allah jelas masih tidak dipatuhi penganut bukan Islam terutamanya apabila baru-baru ini sebuah badan keagamaan bukan Islam dikesan menggunakan kalimah itu dalam majlis keagamaan mereka di sebuah hotel semalam.

Dalam majlis tertutup yang dihadiri kira-kira 200 orang itu, penganjur dilihat meletakkan kalimah tersebut pada latar belakang pentas yang tertera dengan perkataan "International Full Gospel Fellowship Keluarga Allah Satelit Nilai dan Satelit Puchong, 'Dari dalam gelap akan terbit terang'.

Walau bagaimanapun dipetik dari Utusan Malaysia, didapati penganjur meletakkan notis berbeza di luar dewan berkenaan yang tertera sebagai satu sambutan perayaan anjuran sebuah pertubuhan agama yang mewakili masyarakat bukan Islam di Selangor dan Nilai.

Majlis keagamaan yang berlangsung kira-kira pukul 1 hingga 6 petang difahamkan turut diselitkan nyanyian-nyanyian berunsurkan memuji agama bukan Islam termasuk menyebut kalimah Allah di dalam liriknya selain menyebut di dalam ucapan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping