Sabtu, Disember 14, 2013


Kerajaan negeri bersetuju membayar RM250 sebagai bantuan tambahan kepada mangsa banjir yang terjejas dalam kejadian banjir di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, pembayaran bantuan tambahan itu bagi sebuah rumah dan bukan melibatkan bilangan keluarga.

“Maknanya jika sebuah rumah itu ada lebih dari satu keluarga, mereka hanya mendapat RM250 sahaja. Tarikh pembayaran belum ditetapkan kemungkinan selepas semua mangsa selesai membersihkan rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menimbangkan mengecualikan bayaran bil air bagi mangsa banjir yang terjejas bagaimanapun pengecualian itu bukan berbentuk tunai.

“Kita masih mencari kaedah terbaik kemungkinan pengecualian itu dalam bentuk rebat bagi bil  bulan yang terlibat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat
Jawatan Kuasa Bencana Banjir di Kompleks Yayasan Pahang di sini, petang semalam.

Adnan berkata, pasukan khas akan ditubuhkan bagi menjalankan bancian untuk mengenal pasti kumpulan sasaran untuk menyalurkan bantuan sewajarnya.

“Bagaimanapun bagi kawasan yang terjejas teruk seperti Sungai Isap, Tanah Putih Baru, Kampung Belukar dan beberapa kawasan lagi, semua keluarga yang terlibat akan dihulurkan bantuan tanpa perlu bancian.

“Bantuan kepada mangsa di kawasan ini akan terus dihulurkan dari rumah ke rumah pada tarikh yang akan ditentukan kelak,” katanya.

Beliau berkata, bencana banjir kali ini amat serius dan di luar jangkaan sehingga menyebabkan persiapan yang disediakan tidak mampu menampung jumlah mangsa yang mencecah lebih 40,000.

“Jumlah kerugian yang dihadapi mangsa banjir di negeri ini dianggarkan mencecah RM390 juta jika dibandingkan dengan 130,000 rumah yang terjejas,” katanya.

Adnan berkata, kerajaan akui timbul pelbagai masalah di awal bencana memandangkan keadaannya di luar jangkaan.

“Justeru hari ini (semalam) semua agensi terlibat bermesyuarat bagi mengkaji kelemahan semua aspek termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan bencana banjir dan mencari jalan terbaik untuk persiapan kemungkinan berlaku gelombang kedua yang diramalkan penghujung bulan ini,” katanya.

Beliau berkata, beberapa cadangan dikemukakan antaranya penubuhan pasukan khas bancian mangsa banjir di peringkat Adun, pejabat daerah, penghulu dan ketua kampung.

“Kita juga mengkaji cadangan melantik pengendali pusat pemindahan secara khusus untuk menguruskan pusat terlibat. Kita juga mengusulkan cadangan membina pusat pemindahan banjir khas yang lebih besar dan dilengkapi kemudahan lebih sempurna,” katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping