Hebat!!! Memang hebat sungguh Si Khalid Ibrahim ni berniaga. Patut sangat la dia ni duduk kat Permodalan Nasional Berhad dulu. Bab berniaga ni, memang dia pandai.
Sampai sekarang dia mentadbir Negeri pun macam dia berniaga juga. Semua untung rugi dia kira habis. Tak de satu sen pun yang dia akan tinggalkan. Habis dikautnya belaka.
Jika sebelum ini, duit rakyat dia nak perah melalui konsesi tol. Tapi malangnya, Punai-Sihat Ekor-No-Money tu tak bagi. Jadi terpaksa la dia cari cara lain.
Akal Si Khalid Ibrahim ni memang panjang beb. Ada saja cara dia nak libas duit rakyat dan terus menekan rakyat dengan kaedah dia yang tersendiri. Kan bijak namanya tu?
Tak dapat dia perah duit rakyat melalui konsesi tol, dia libas duit rakyat dengan menaikkan Caj bagi Lesen Perniagaan disekitar kawasan Negeri Selangor.
Kalau naik tu dalam 10% ke 20% tahan jugak. Ini naik sampai tahap 400%!!! Tak ke GILA BABI namanya tu? 400%!!! Lebih 100% dari kenaikkan gaji yang dia umumkan sebelum ini.
Korang bayangkan. Dulu bayar Caj untuk Lesen Perniagaan ni hanya dalam RM 150 hingga RM 180 je setahun. Sekarang dah kena bayar RM 1,500!!! Banyak tu beb!!!
Dah la sebelum ni dia naikkan kadar cukai pintu sebanyak 120%. Sekarang dia kenakan caj lesen perniagaan pulak sampai 400%. Memang bijak sungguh Si Khalid Ibrahim ni berniaga.
Kalau kira bodoh macam Si Mahfuz Bean tu, 400% Caj Lesen tolak 300% kenaikkan gaji, masih ada baki lagi 100%. Ke mana pulak perginya baki 100% tu? Hehehe...
Tapi, tak boleh la kita nak sama kan Si Khalid Ibrahim ni dengan Si Mahfuz Bean tu.. Kalau tak naikkan semua tu, mana pulak dia nak bayar gaji ADUN seperti mana yang dah dibentangkan sebelum ini.
Tu yang mampu dia kawal sendiri tu. Nasib baik la bekalan air bukan dibawah Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Khalid Ibrahim tu. Kalau SYABAS pun bawah dia, dah tentu - tentu bila air pun naik melambung!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.