Walaweh!!! Marah betul Si Fuziah tu kepada Majlis Keselamatan Negara ye. Tapi bila dinilai semula, rasa nak tergelak pun ada jugak sebenarnya memikirkan kerenah dia ni.
Hakikatnya, Si Fuziah tu dah mula terkesima dengan apa yang berlaku. Dalam erti kata mudahnya, dia dah songeh tak tentu pasal bila berlaku banjir terburuk di Kuantan.
Mana tidaknya, Si Fuziah tu jelas tidak dapat menerangkan kepada rakyat mengenai sebab kenapa dia lambat bertindak dan pulang awal ke kawasan dia sewaktu banjir berlaku.
Dia jelas GAGAL menjawab persoalan kenapa dia masih lagi berlegar - legar di bangunan Parlimen tatkala saat pertama air mula naik di kawasan Kuantan.
Oleh itu, Si Fuziah ni mula la mencari alasan demi alasan yang boleh digunakan bagi membela diri dia sendiri. Termasuk la dengan menyalahkan pihak MKN.
Jika kita berfikir dengan akal yang rasional, sepatutnya sebagai seorang Ahli Parlimen, isu berkaitan banjir di Kuantan ni dah lama mendapat perhatian Si Fuziah.
Sepertimana yang orang sering kata, banjir ni bukan kali pertama berlaku di Kuantan. Tapi dah banyak kali. Tinggal lagi, apa yang Si Fuziah tu dah buat selama dia jadi Ahli Parlimen?
Kenapa baru sekarang dia nak pertikaikan mengenai tindakan serta respon pihak MKN terhadap apa yang telah pun berlaku? Kenapa tidak dari dulu lagi dia ambik tindakan?
Jika kita baca surat terbuka yang dia kirimkan (tak tau la dia kirim atau tidak) kepada pihak MKN tu, jelas dia merujuk kepada kenyataan media MKN yang bertarikh 18 Disember.
Kan nampak sangat baru sekarang dia nak cakna benda macam tu? Sepatutnya, sebagai Ahli Parlimen, dah lama dah dibangkitkan semua tu dalam dewan. Kenapa dia bangkitkan isu tu dalam laman media sosial?
Sepatutnya, sewaktu membahaskan usul pembentangan Bajet 2014, dia perlu tanya mengenai peruntukan dan prosedur serta persiapan yang telah dibuat bagi menghadapi banjir.
Pembentangan Bajet tu dah dibuat bulan September. Bukan baru semalam ianya dibentangkan. Itu pun kalau betul dia cakna. Tapi hakikatnya, korang fikir la sendiri.
Jelas, tindakan Si Fuziah tu menerbitkan surat 'cinta berapi' dia kepada MKN melalui laman media sosial hanya untuk mendapat Political Mileage semata - mata. Bukannya dia betul - betul nak perjuangkan kepentingan rakyat sangat pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.