Ahad, Disember 08, 2013


Maaf!!! Artikel ini tidak ada kaitan dengan isi ucapan penggulungan yang disebut oleh YAB Presiden UMNO semalam. Tetapi ada kaitan dengan isteri juga.

SH cukup tersentuh apabila membaca status sahabat karib SH dalam Facebooknya semalam yang menyebut tentang jasa isteri yang tak diberitahu kepada orang ni.

Bagi SH, jasa ini bukan saja datang dari para isteri. Malah ada juga ibu - ibu yang terlibat. Begitu besar jasa dan pengorbanan mereka sebenarnya. Tak ternilai harganya.

Mana tidaknya. Dalam keadaan seperti sekarang, masih ada isteri serta ibu - ibu yang sanggup membenarkan suami serta anak - anak remaja mereka menabur bakti.

Mereka dengan rela hati memberi kebenaran kepada suami dan anak - anak untuk menghulurkan bantuan dan menjadi anggota sukarelawan dalam misi bantuan banjir.

Hakikatnya, sebesar mana pengorbanan mereka yang sudi menjadi sukarelawan ini, lebih besar jasa isteri serta ibu - ibu yang memberi kebenaran itu kepada mereka.

Bayangkan dugaan dan cabaran yang bakal ditempuhi dari segi aspek keselamatan. Dalam keadaan sekarang, macam - macam perkara boleh berlaku.

Antara sukarelawan yang menyertai misi bantuan mangsa banjir di Pahang
Mereka ini wira yang tidak didendangkan. Mereka ini lahir dari sebuah Negara yang berjaya menyemai jati diri yang kuat. Bakti mereka dicurahkan tanpa mengharap balasan.

Begitu juga dengan anggota - anggota keselamatan seperti Polis, Tentera, Bomba dan sebagainya. Pengorbanan mereka juga dihargai dengan begitu tinggi oleh rakyat.

Tak de la macam sesetengah orang tu ye tak. Kaki belum jejak ke kawasan bencana, dah macam - macam spekulasi yang dia buat. Dah macam - macam tuduhan yang dilemparkan. Orang macam tu ke yang nak dibanggakan sangat? Baik tak payah la!!! Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping