Beberapa exco kerajaan negeri dilihat tidak senada bersabit isu kenaikan kadar lesen perniagaan dan perindustrian yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula tahun hadapan.
Mengikut Exco Pendidikan dan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, pengumuman kenaikan itu perlu dilihat secara menyeluruh.
“Kita kena tanya bila kali terkahir kadar tersebut dinaikkan. Dan dalam masa itu berapa kali Barisan Nasional (BN) sudah naikkan harga barang,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu ini. “Untuk komen yang lebih kena tanya MBSA sendiri sebab saya tak ada dalam mesyuarat ketika keputusan dibuat,” katanya lagi.
Namun beliau menjelaskan kenaikan itu adalah perlu untuk melicinkan operasi pentadbiran MBSA. “Kalau harga barang naik takkan harga servis dan perkhidmatan tak naik,” tambahnya.
Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains dan Teknologi Dan Inovasi, Daroyah Alwi pula mengulas kali terakhir kadar kenaikan itu dikaji adalah 1987.
"Kesan kenaikan itu hanya dirasai kepada mereka yang terlibat dalam industri tersebut sahaja," dakwanya.
“Pada tahun 2007, kerajaan negeri cuba naikkan tapi tak kesampaian dan tertangguh. Kadar tersebut kekal sejak 26 tahun lalu jadi kerajaan negeri berpandangan perlu naikkan kadar lesen.
“Mereka sudah mendapat untung berlipat ganda jadi kita rasa perlu naikkan sedikit mengikut harga kadar terkini. Jadi mungkin kenaikan itu dilihat terlampau tinggi kerana ia sudah lama tidak dinaikkan,” katanya.
Dalam melaksanakan sesuatu keputusan atau dasar, kerajaan negeri perlu mengambil kira pandangan masyarakat dari akar umbi, demikian menurut Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Ganabatirao Veraman.
Ini katanya boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat dan sekiranya perlu kerajaan negeri harus mengkajinya semula.
“Saya rasa pandangan daripada akar umbi dan masyarakat perlu diambil kira. Pandangan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga akan diambil kira oleh kerajaan negeri untuk mengambil jalan penyelesaian mengenai isu ini,” katanya.
PS: Inilah bahananya sebab suka sangat menipu rakyat. Penyudahnya, diorang beramuk sesama sendiri je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.