Selasa, Disember 17, 2013


Bila harga ayam naik, diorang suruh kita jangan makan ayam. Bila harga minyak naik, diorang kata sebab nak kurangkan subsidi. Bila tarif letrik naik, diorang suruh jangan pakai Aircond.

Kali ni, bila harga tol naik, diorang nak suruh rakyat guna jalan lama pulak supaya tidak dikenakan sebarang tol? Bagi diorang, kalau rakyat mampu, rakyat bayar la ye?

Ish!!! Kiranya, memang cheredik sungguh la Pak Menteri ni keluarkan alasan ye. Kiranya dah habis bijak sangat dah diorang bagi jawapan serupa itu gamaknya.

Katanya nak me'Rasionalisasi'kan subsidi. Tapi bila tengok cara diorang bercakap, tak de pun menggunakan sebarang 'RASIONALISASI'. Setakat cakap ikut sedap mulut ada la.

Benda - benda macam ni la yang membuatkan rakyat marah. Jawapan serupa ini la yang membuatkan rakyat tak puas hati. Itu pun Pak Menteri tak boleh nak faham ke?

Alamak ai, TOLONG LA!!! Jangan la bagi malu dengan rakyat. Kot ye pun nak 'MERASIONALISASI' kan sesuatu perkara tu, biar la pakai otak. Jangan cakap main ikut sedap mulut je. Nanti takut susah diri sendiri!!! Lepas tu, jangan menyusahkan orang lain!!!
SHAH ALAM - Naif dan bukan bertaraf menteri. Demikian pandangan Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terhadap kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh raya menggunakan jalan biasa jika tidak mahu bayar lebih untuk kadar tol.

Ujarnya, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri kerana ianya seolah-olah merendahkan intelektual rakyat.

“…dan bagi saya kenyataan tersebut juga bukan bersifat menteri, sepatutnya seorang menteri tersebut perlu berfikir secara rasional ketika mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang diuar-uarkan bakal berlaku tahun hadapan sebagai munasabah dan mereka yang tidak bersetuju boleh menggunakan jalan biasa.   

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium. Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya semalam.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai kenaikan kadar tol pula, Agus mencadangkan, kenaikan hanya pada kadar 10 sen sahaja.

“Kalau kerajaan terdesak untuk naikkan juga harga tol, bagi saya kenaikan hanya pada harga 10 sen… ini bagi mengelak daripada rakyat terus terkesan.

“…ini kerana rakyat sudah terkesan dengan pelbagai kenaikan sebelum ini, oleh itu kasihanilah rakyat,” katanya.
Categories:

7 ulasan:

  1. hai encik...dah tau kelalaian ketika mengundi bulan 5 itu hari ke...kahkahkah...padan muko....BN Selamanya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan silap... biar kami tegur pemimpin BN, dari bertuankan pemimpin Pakatan Haramjadah tu... lansung tak boleh nak ditegur...

      Padam
    2. Pemimpin bn kalau silap boleh ditegur dan blh menerima teguran kalau pemimpin pr lagi kuat tipu, sanggup menipu rakyat kata BLACK OUT, 40,000 BANGLA la. Ingat rakyat ni bodon macam pencacai pr ke?

      Padam
    3. BETUL TU SH...

      JANGAN MACAM PAKATAN HAPRAK PEMIMPIN PENIPU KUAT SEKS...JANTAN BETINA...TIBAI... DIORANG DOK SANJUNG.

      KITA TEGUR DAN KRITIK PEMIMPIN BN...SUPAYA SEDAR. MUNGKIN MEREKA MASIH MAMAI AKIBAT DAUN KETUM.

      Padam
  2. Perlaksanaan rasionalisasi subsidi, perlu ada lampirkan kerangka sebenar dan matlamat yang hendak di capai,dalam tempoh tertentu.Di susuli dengan kajian risiko dan kesan samping dan jangka panjang utk semua peringkat pendapatan.Di ikuti pula dengan data kadar kemiskinan dan pendapatan orang miskin.Kesan rasionalisasi subsidi hendahlah menyeluruh dan positif serta sampai kepada matlamat pada satu ketika.Langkah sebegini amat merbahaya dan orang berani gila sahaja yang boleh buat..Takut keputusannya, akan melebar luaskan taraf pendapatan miskin mencecah RM4000.00 dan terus memerlukan bantuan tunai yang tidak efektif.Hasil dari meragut wang subsidi dari mereka yang berpendapatan RM 3000.00 ke bawah.

    BalasPadam
  3. Sektor swasta yang berteraskan kepada keuntungan semata2 dan menjana ekonomi negara serta meliputi tenaga kerja yang melebihi daripada jumlah kakitangan kerajaan, akan memberi kesan yang menyeluruh dalam kos hidup bulanan mereka,akibat dari rasionalisasi subsidi.Dalam konteks tenaga kerja asing,ia akan memyebabkan penyusutan aliran wang keluar atas sebab kos barang keperluan bulanan yg terus meningkat.Apa yang telah terjadi pada singapore baru2. ini.Ini di sebabkan rasa terpendam mereka utk menuntut kenaikan gaji di sebabkan kos hidup yang tinggi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping