Selasa, Disember 10, 2013


Hah!!! Itu persoalan yang SH letakkan dalam kepala otak korang bila bercerita pasal Si Ostazah Pening tu. Gamaknya, apa la yang dia buat sekarang ni ye?

Orang lain kita tengok berduyun - duyun turun bantu mangsa banjir. Sama ada turun bawak bantuan barang keperluan, hantar sukarelawan, atau pun membersihkan rumah.

Paling tidak, ada jugak yang datang sekadar menghulur simpati. Tahan jugak la ada diorang tunjuk muka biar pun diorang tak mampu nak beri apa - apa sumbangan.

Tapi, apa yang Si Ostazah Pening tu buat? Adakah dia tetap buat benda yang sama dia buat selama hari ini? Adakah dia hanya duduk goyang kaki sambil layan twitter?

Tidak!!! Si Ostazah Pening tu ada turun ke padang melawat mangsa banjir. Tapi sekadar 'Melawat' je la yang dia mampu buat. Nak bantu yang lain dia tak mampu.

Perkara tu kita dapat lihat dalam satu video yang dikongsikan dalam laman media sosial semalam. Tak berapa ramai sangat orang yang bagi sambutan pasal video tu.

Dalam video tu jelas memaparkan seorang lelaki yang KONONnya kecewa sebab tak dapat bantuan. Apa bantuan yang dia tak dapat, tak tau la sebab video tu diambik sekerat.

Apa persoalan asal yang diluahkan oleh lelaki tu tak pasti la pulak. Cuma yang kita nampak, Si Ostazah Pening tu hanya buat apa yang dia biasa buat. Menabur minyak atas api yang marak.

Lelaki tu dalam keadaan marah. Datang Si Ostazah Pening tu, dia api - apikan lagi lelaki tu dengan tohmahan tak tentu arah. Bukannya dia nak membantu lelaki tu pun.

Lelaki tu bercerita pasal masalah yang dia hadapi. Tapi Si Ostazah Pening tu bukannya dapat selesaikan masalah tu pun. Dia setakat boleh memburukkan keadaan je.

Lelaki tu jelas menagih bantuan dari pihak Kerajaan. Tapi, Si Ostazah Pening tu jelas tak de datang bawak apa - apa bantuan pun. Sekadar jadi batu api je kerja dia.

Patutnya Si Ostazah Pening tu malu pada diri dia sendiri. Sepatutnya, dia cuba menenangkan lelaki tu. Tapi malangnya, dia pulak yang cuba mengadu domba dan memburukkan orang tak tentu arah. Itu je la yang Si Ostazah Pening tu tau buat!!!

Ps: Korang jangan terkejut kalau Lelaki dalam video tu nanti jadi orang pertama yang beratur nak isi borang mintak bantuan. Kalau korang nak tengok video Si Ostazah Pening tu, boleh la klik kat sini. Lepas tu, korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping