Heh!!! Nampak gayanya, masih ada lagi orang yang tak mengiktiraf Si Ketua Penipu tu sebagai pemimpin utama dalam Pakatan Haramjadah tu secara mutlak.
Nak pulak bila dia dilihat tidak layak untuk dicanangkan sebagai Perdana Menteri seandainya Pakatan Haramjadah tu berjaya menawan Putrajaya.
Kira kempunan la Si Ketua Penipu tu dibuatnya. Nampak sangat ada orang yang tak nak dia jadi Perdana Menteri. Nak pulak dari kalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu. Jadi, jangan la Si Ketua Penipu tu nak berangan tak tentu arah pulak!!! Sedar la diri tu sikit!!!
BANGI: Persoalan mengenai siapa yang bakal dipilih sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat hanya akan terjawab sekiranya gabungan itu menguasai bilangan kerusi Parlimen dalam Dewan Rakyat, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.Justeru beliau berkata selagi Pakatan yang dianggotai PAS-PKR-DAP tidak mengambil alih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) persoalan yang menjadi polemik itu tidak akan terjawab.Dalam temubual eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini, Haron yang tewas di Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berkata Pakatan perlu bekerja lebih kuat bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang."Beberapa perkara yang disebutkan itu tidak diputuskan oleh Pakatan, seandainya Pakatan telah berjaya mengatasi bilangan kerusi dalam Parlimen yang mana pada PRU13 kita dah lepas (bertambah kerusi) dan ditimbulkan juga siapa akan jadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kanan dan siapa yang akan berada dalam Kabinet."Soalan seperti ini selama-lamanya sukar untuk dijawab melainkan menang dahulu, bila sah menang dengan majoriti pukul 12 tengah malam sebagai contohnya...12.01 pagi kita adakan perjumpaan dan pada masa itu sudah ada keputusan siapa akan jadi perdana menteri," katanya.Tambah Haron, Pakatan terutamanya PAS tidak mahu disifatkan sebagai angan-angan kosong sekaligus memberi ruang kepada seteru politik 'menyerang' jika persoalan yang dibangkitkan itu diumumkan terlebih dulu.Tegas beliau, jika Pakatan menang Putrajaya keputusan segera perlu dibuat bagi memastikan kelancaran perjalanan pentadbiran negara.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.