Jumaat, Disember 13, 2013


KUANTAN – Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar berkenan mencemar duli bukan sekadar melawat ke pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Ching Kuantan tengahari tadi.

Baginda turut berkenan menyediakan makanan tengahari untuk hampir empat ribu mangsa banjir yang ditempatkan sejak seminggu di situ.

Tengku Azizah ketika ditemui bertitah menyatakan hati baginda tergerak untuk membantu mangsa banjir dengan menyajikan mereka dengan hasil air tangannya sendiri.

“Kalau banjir ini memang saya pergi tiap-tiap pusat pemindahan dan saya memasak untuk lunch dinner. Bagi spesial sikit kalau tak kesian tengok dia orang makan nasi kawah apa. Jadi saya pergi sekali tengok kesian dia orang makan.

” Saya sembah kat Tengku Mahkota boleh tak saya masak. Air tangan sendiri punya resipi. Alhamdullillah tiap-tiap hari saya masak dua atau tiga tempat.

” Masak hari ni untuk 4 ribu orang. Alhamdullillah lah. Apa ini yang saya berbakti memberi balik kepada rakyat.” jelas baginda.

Baginda berharap dengan cara itu dapat mendatangkan rasa gembira dihati mangsa-mangsa banjir. Baginda kemudian berkenan mengagih makanan itu kepada mangsa banjir, yang dilihat tidak sabar untuk menikmati masakan Tengku Azizah.

Mangsa banjir yang berada di situ pastinya berasa bertuah dapat rasa makanan yang dimasak sendiri oleh Tengku Puan Pahang.

Categories: ,

2 ulasan:

  1. I really like your blog.. very nice colors & theme. Did you create this website yourself
    or did you hire someone to do it for you? Plz reply as
    I'm looking to create my own blog and would like to know where
    u got this from. thanks

    Also visit my website: download top eleven hack

    BalasPadam
  2. Puteri Johor dek didikan Almarhum Ayahanda dan Bonda

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping