Ahad, Januari 12, 2014


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar meminta Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan rasional tindakan kerajaan negeri menyerahkan kerja-kerja pengambilalihan empat syarikat konsesi air kepada kerajaan persekutuan, setelah empat tahun berjuang.

Xavier juga mahu kerajaan negeri menjelaskan mengapa kerajaan negeri bersetuju untuk membina Loji Langat 2 sedangkan sebelum ini projek kerajaan persekutuan itu ditentang habis-habisan.

Beliau yang juga bekas exco Selangor berkata alasan Khalid bahawa keputusan menyerahkan proses pengambilalihan syarikat konsesi dan persetujuan kepada pembinaan Langat 2 di buat mengikut Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006), adalah tidak berasas sama sekali.

"Rakyat Selangor khususnya harus diperjelaskan apa itu "Seksyen 114" Akta WSIA 2006 itu.

"Selepas 'dirampas' atau terma yang lebih sopan disebut 'diambil alih', kerajaan Pusat akan menyerahkannya untuk diurus selia oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).

Beliau dalam pada itu menegaskan kerajaan negeri sebenarnya tidak terikat untuk patuh kepada seksyen ini kerana kerajaan negeri bukan 'Pemegang Perniagaan Lesen Air'. 

"Seksyen 114 ini adalah mirip kepada konsep 'Milik Negara' (Nationalisation) yang diamalkan oleh Cuba dan beberapa negara sosialis, cuma bezanya di sini ialah pemilik perniagaan tadi dibayar pampasan. Jadi apa kaitan Seksyen 114 tadi dengan Kerajaan Negeri Selangor?," kata Xavier dalam satu kenyataan.

Rabu lalu, kerajaan Selangor memberi lampu hijau untuk pelaksanaan Loji Air Langat 2 yang tertangguh sejak 2010 dengan mencadangkan pelantikan dua pentadbir mewakili kerajaan negeri bagi merealisasikan projek berkenaan.

Khalid berkata dua pentadbir yang dicadangkan itu ialah Presiden Kumpulan Darul Ehsan, Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin.

Sekali lagi pelantikan Faekah yang juga bekas Setiausah Politik kepada Khalid dipertikai banyak pihak termasuk PKR.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani ketika dihubungi Antarapos mempertikai kredibiliti Faekah dan mempersoalkan 'siapakah Faekah kepada Khalid?'

Mengulas lanjut, Xavier berkata, ramai yang tidak mengetahui bahawa kerajaan negeri adalah pemilik kepada 33 dari 38 buah loji rawatan dan 8 buah empangan besar seluruh negeri Selangor.

"Jelas di sini kerajaan negeri adalah pemilik aset air dan bukannya pemegang lesen perniagaan air, lantaran itu ia tidak sama sekali terikat langsung dengan seksyen ini," katanya.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. So selama ini PR selangor berbohong la kepada rakyat mengatakan Syabas sengaja mencatu bekalan air di lembah klang? Selama ini PR hanya menunding jari kepada kerajaan persekutuan atas masalah air sedangkan 33 dari 38 loji rawatan air dan 8 empangan air adalah milik mereka??? Mereka mempolitikkan isu air dan menyusahkan rakyat kerana dendam dengan persekutuan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping