Isnin, Januari 13, 2014


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat menjarakkan diri dengan kontroversi rampasan Bible versi Melayu di Selangor awal bulan ini.

Beliau berkata serbuan serta rampasan itu adalah urusan kerajaan negeri Selangor dan mana-mana pihak tidak boleh masuk campur.

"Kejadian di Selangor (Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) rampas Bible versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah), itu urusan dia. Urusan negeri, orang kita (PAS) tidak boleh campur. Macam urusan Kelantan, negeri lain nak campur, itu tak betul," kata Nik Aziz dipetik dari Utusan Malaysia.

JAIS pada 2 Januari lalu menyerbu dan merampas lebih 300 Bible versi Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara. Tindakan itu mengundang ketidakpuasan hati sesetengah pihak termasuk beberapa pimpinan PAS.

JAIS juga melalui jalan sukar apabila tindakannya turut dipersoal kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid dalam reaksi balasnya bertindak mengumumkan piawaian standart operasi (SOP) baru untuk diikuti JAIS, yang memerlukan jabatan itu merujuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan exco terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa serbuan.

MAIS bagaimanapun menegaskan JAIS tidak melanggar bidang kuasanya apabila menyerbu dan merampas Bible itu. JAIS juga tidak perlu merujuk MAIS terlebih dahulu seperti apa yang diumumkan Khalid Rabu lalu.

Nik Aziz dalam pada itu memberitahu beliau menyokong penuh pendirian PAS Pusat bersabit kalimah Allah.

"Tidak usah sebut isu kalimah Allah, perkara ini sudah lama kita putuskan, awak rujuk balik PAS Pusat kerana saya beri sokongan penuh apa saja keputusan mereka," ujar Nik Aziz.

Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan ketika ditanya prestasi penggantinya berkata rakyat dan penyokong PAS harus beri sepenuh sokongan kepada Datuk Ahmad Yaakob.

"Segala gerak-geri saya sudah disalin kepada dia. Maka dia tahu apa yang dia buat.

"Dari segi dasar dan polisi mana boleh sama, kita kena ikut perkembangan semasa. Dia cara dia, saya cara saya, namun saya beri sokongan sepenuhnya kepada beliau.

"Saya minta semua orang PAS sokong beliau kerana beliau jadi timbalan saya sudah bertahun-tahun, semua masalah atau urusan saya khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dia yang jawab. Beliau merupakan anak murid saya yang sejati," ujar Nik Aziz.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. anak murid saya yang sejati? Betoi ka tok? Political mileage, menangguk di air tenang nampak...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping