Sabtu, Januari 18, 2014


“Saya tidak mempunyai petua, cuma saya ada teknik ketika mengangkat benda berat. Umpamanya mengangkat kampit simen, saya menggunakan bahagian belakang badan, jika mengangkat dari depan ia berisiko mencederakan pinggang,” kata warga emas Mohd Ali Ibrahim, 72, yang memiliki kudrat umpama orang muda kerana masih berupaya melakukan pelbagai kerja berat seperti mengangkat simen.

Malah, pada usia yang sudah lanjut dia juga mampu menyiapkan tiang konkrit yang ditempah pelanggan sehingga 20 batang sehari. 

Mohd Ali Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pak Lang mampu mengangkat kampit simen seberat 50 kilogram (kg) selain memunggah dan menyusun tiang konkrit yang sudah siap dibuatnya yang mencecah berat ratusan kilogram. 

Menurutnya, dia mengambil tempahan membuat tiang konkrit daripada pelanggan untuk digunakan sebagai tiang rumah atau pagar dengan panjang yang pelbagai.

“Kebiasaannya saya mengambil tempahan tiang konkrit sepanjang antara tujuh kaki (2.13 meter) hingga 16 kaki (4.87 meter). Saya membuat sendiri bermula daripada membancuh simen, memotong besi yang dijadikan ‘tulang’ konkrit sehinggalah menyusun serta membawanya ke rumah pelanggan jika mereka tidak datang mengambilnya sendiri.

“Cuma baru-baru ini saya mengupah seorang pekerja bagi membantu saya,” katanya yang ditemui di kediamannya di Kampung Permatang Badak, di sini. 

Mohd Ali berkata, dia juga menjual simen kepada pelanggan dan tidak menjadi masalah kepadanya untuk mengangkat simen itu berulang-alik ke kenderaan pelanggan walaupun ia kelihatan berat.

PS: Itu cerita mengenai 'Pak Lang Perkasa'. Tapi mamat kat bawah ni, apa cerita pulak? Tak de kuasa Mak, Nyah!!!

"Jangan sebut pasal PKNS nyah. Nanti Mak Saman You Olls!!!"
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping