Hanya kerana kenyataan tidak prihatin terhadap
wanita hamil, Hannah Yeoh membuat aduan kepada rakyat bahawa beliau telah
diugut bunuh. Begitulah
terdesak dan murahnya politik Speaker DAP yang bergaji lebih tinggi dari
Perdana Menteri ini.
Taktik mewar-warkan berita menerima ugutan
bunuh apabila kehabisan modal membela diri merupakan strategi yang telah
terlalu sering digunakan oleh DAP.
Contohnya, Karpal Singh melaporkan menerima
peluru hidup pada Mei 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Februari
2009. Lim Guan Eng
juga pernah membuat laporan menerima ugutan bunuh pada September
2013.
Skrip ugut bunuh yang paling dramatik pula
tentunya dimenangi oleh Anwar Ibrahim di mana beliau terpaksa mengangkut
berbelas pengawal peribadi untuk ke beberapa majlis pada ketika tertentu.
Tapi dalam masa yang sama, Si Ketua Penipu tu bebas ‘meninjau’ LRT dan juga ke seluruh pelusuk negeri dan negara tanpa
perlu bimbang terhadap keselamatan dirinya. Mungkin
ugutan tu berjadual jugak kot.
Kononnya lagi, ugutan bunuh itu pernah
diperpanjangkan kepada anak dan isteri Anwar juga. Namun, sehingga hari ini tiada siapapun di
antara mereka yang dibunuh atau menerima ancaman.
Dalam kes Hannah, kurang jelas bagaimana
ugutan bunuh tersebut dilakukan kerana Hannah tidak membuat laporan polis dan sekadar
membuat laporan media semata - mata.
Dalam
laporan itu pula, Hannah lebih banyak merengek menceritakan bagaimana dia dimarahi rakyat kerana tidak prihatin terhadap wanita hamil berbanding
menceritakan secara terperinci tentang ugutan tersebut.
Nampaknya Hannah juga telah ketandusan idea
dan terpaksa meraih simpati dengan mencari publisiti murah, sama seperti
tindakan ‘bos-bosnya’. Jelas,
Hannah tidak cukup bijak untuk memahami bahawa taktik ini sudah basi. Rakyat sudah mual mendengarnya.
PS: Apa ke jadahnya Hannah diugut bunuh hanya
kerana satu kenyataan bodoh? Bukankah
lebih baik membiarkan Hannah hidup untuk dijadikan bahan ketawa?
Kalau betul ada orang nak bunuh dia, tak de der diorang nak buat ugutannya. Terus buat je. Tengok macam apa yang berlaku sebelum ni. Mana ada ugutan ke apa ke. Pun masih dia nak menipu lagi ke!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.