Selasa, Januari 21, 2014


Tindakan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo secara tiba-tiba membisu apabila dicabar mempamerkan surat guaman DAP yang didakwa dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember tahun lalu, menimbulkan persoalan apakah beliau berbohong dalam isu itu.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anwar Ramli berkata, sikap membisu itu nyata berbeza sama sekali dengan perwatakan Gobind sebelum ini yang cukup lantang menyerang kerajaan, tetapi menikus apabila diminta mendedahkan surat itu.

Sehubungan itu, beliau meminta Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng supaya menjelaskan kepada orang ramai mengapa Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong secara tiba-tiba berubah watak menjadi seorang lelaki penakut.

“Kita hanya minta Gobind dedahkan surat guaman yang didakwanya dihantar kepada ROS, mengapa susah sangat dan begitu takut untuk dedahkan? Melainkan surat guaman itu hanyalah rekaan bagi membohongi rakyat. Jika suka berbohong, beliau tidak layak menjadi Ahli Parlimen.

“Guan Eng kena ambil tanggungjawab jelaskan sebab rakyat mahu lihat bukti surat tersebut. Rakyat kini sedang menilai sikap dan moral sebenar pemimpin pembangkang terutama daripada DAP," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Gobind mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya telah menghantar sepucuk surat bagi menyaman ROS berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Bagaimanapun, ROS menjelaskan, badan itu tidak menerima sebarang surat guaman seperti didakwa Gobind, sebaliknya hanya surat memohon penjelasan kesahihan pemilihan CEC yang ditandatangani Guan Eng.

Dalam pada itu, Khairul Anwar berkata, kegagalan Gobind dan DAP mengemukakan surat guaman tersebut meskipun telah dicabar, membuktikan mereka bukan sahaja sanggup membohongi rakyat Malaysia, malah ahli parti itu sendiri demi kepentingan politik peribadi.

“Sebab itu ahli DAP mula mempersoal antaranya mengapa 851 perwakilan tidak hadir semasa pemilihan CEC dan bagaimana boleh wujud ahli 450 perwakilan haram semasa pemilihan tersebut sehingga ramai yang yakin bahawa wujud penipuan dalam pemilihan CEC DAP," katanya.

PS: Bapak dia lantang sangat mengkritik itu dan ini. Dia sendiri pun sebelum ni banyak sangat bercakap. Sekarang, apa pasal dia terdiam? Dah kena serang dek penyakit mulut pulak ke!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping