Melihat kepada keadaan semasa, nak jugak SH tegur Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia ni. Nampak macam tunggul kayu ke lebihnya dia ni.
Jarang la SH nak belasah orang macam dia ni sebab memang dah tentu - tentu dia jenis manusia yang tak buat kerja. Setakat cakap je pandai, tapi HAPAH pun tarak!!!
Dengan adanya orang macam dia, alamat melingkup la UMNO dimasa akan datang. Sejak dari hari dia dilantik jadi Pengerusi sampai hari ini, apa yang dia dah buat?
Setakat bergaya dalam laman Instagram apa kejadahnya!!! Tak mendatangkan faedah lansung. Mengabihkan masa tak tentu arah buat apa? Untuk apa? Setakat POYO 24 jam, baik tak payah jadi pemimpin.
Sekarang ni orang tengah sibuk bercerita pasal isu kalimah Allah. Apa yang Si Bedil tu buat bagi mengatasi masalah ni? Apa caranya dia nak meredakan keadaan supaya orang boleh dapat penjelasan yang sesuai?
Ada dia susun atur cara dan strategi untuk menjelaskan isu tersebut kepada rakyat? Ada dia mintak tolong dengan sesiapa yang berkelayakan untuk menjawab isu - isu yang dibangkitkan?
Sama jugak macam isu - isu lain. GST dan kenaikkan kos sara hidup. Apa tindakan dan perancangan Si Bedil ni dalam menangani isu sedemikian dalam laman media sosial?
Kalau tengok gayanya, pemimpin UMNO ni semuanya gah belaka. Semua mintak supaya ahli mempergunakan sepenuhnya media sosial. Tapi untuk apa? Untuk tunjuk POYO bergaya tak tentu arah?
Tapi bila ada isu yang timbul, apa yang diorang buat? Nak jawap isu tu macam mana kalau pemimpin macam Si Bedil ni sendiri pun suka cari masalah dan menyusahkan orang lain.
Ada dia bagi saluran info untuk menjawab isu - isu tu semua dalam laman media sosial? Ada dia sendiri menterjemahkan benda tu dalam laman Instagram milik dia? Tak de jugak kan? Jadi, apa la gunanya dia jadi Pengerusi kalau fungsi dia sendiri pun tak tau nak buat apa!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.